Pages

Jun 1, 2011

Hamil : Morning Sickness

Assalammualaikum. Hai.

Semua tau tentang perihal morning sickness ni kan? Yang kes-kes muntah pagi-pagi tu. Ada sorang kakak tu tanya saya, ada morning sickness tak? Huhu. Saya sendiri pun tak begitu faham - terpaksa Wiki. Haha. Saya loya-loya - memang rasa nak muntah tapi tak muntah lagi. So, aci tak kalau diklasifikasikan sebagai morning sickness juga? Hehe.

Apa pun, loya-loya tu seriously make me feel damn sick. Saya sangatlah tidak selesa dan rasa macam terseksa. =____=' Mana tidak, asyik rasa nak muntah. Kalau muntah betul, agaknya mesti saya jadi super duper lembik sebab saya memang dah sedia ada lembik. Huhu. Alhamdulillah, buat masa ini semuanya terkawal. Syukur sangat tak mengalaminya 'sakit pagi' yang melampau. 

Tapi loya-loya saya tak kira pagi ke petang ke malam ke. Hehe. So mungkin saya mengalami day sickness. Haha. Memandai-mandai cipta satu lagi sickness. =P Google punya google, dapat juga beberapa tips untuk mengurangkan rasa loya. Tapi tak semua saya apply. Hehe. Sekarang saya pergi kerja berbekalkan :

1. 1 botol air suam
2. Buah-buahan (bila loya je, makan buah)
3. Gula-gula
4. 100 plus

Mak cadangkan beli asam boi. Tapi entah, kat Sarawak senang nak cari asamboi merah yang sedap. Kat sini saya susah nak jumpa. Ada, cuma asamboi masin. Huhu. Tak sedap. Masin je lebih. Huhu.

p/s : Ampun Zue! Hahaha. Susah nak cakap, kuli macam ni la. Keje banyak. =___='

No comments

Blog design by Rainy Day