Pages

Jun 15, 2011

Hamil : Luar Rahim

Assalammulaikum. Hai.

Mak Mertua : Akak kena tahan kat hospital Seberang Jaya.
Saya : Ha? Kenapa?
Mak Mertua : Akak kena suspect mengandung luar rahim.
Saya : (gulp!)


Tiga perkataan yang mengetuk pintu hati yang juga turut lebih kuat mendorong saya untuk segera mendaftar di klinik kerajaan dalam masa yang terdekat. Bakal ibu mana yang tidak risau akan si little fetus? Bakal ibu mana yang tidak bimbangkan akan kesihatan sendiri? Disini saya kongsikan sedikit apa yang telah saya baca tentang hamil luar rahim.

Bagaimana ia terjadi?
Telur yang tersenyawa membuat implantasi di luar rahim. Turut dipanggil kandungan tubal.

Dimana?
Kebanyakannya terjadi di dalam salur tiub fallopian sendiri (>50%). Tempat-tempat lain seperti ovari, serviks dan juga ruang abdomen.

Kenapa berbahaya?
Apabila janin membesar pada tempat yang tak sepatutnya, ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Jadi, nyawa terancam dan mungkin memberi kesan kepada kesuburan.

Bagaimana?
Risiko terjadinya komplikasi ini adalah disebabkan oleh salur fallopian yang rosak. Golongan yang pernah melakukan prosedur yang melibatkan fallopian pasti berisiko tinggi. Selain itu :

  • mungkin pernah mengandung luar rahim sebelum ini.
  • atau pernah mengalami radang pelvis
  • atau pernah mendapat rawatan kesuburan
  • mungkin juga mengalami endometriosis (senggugut dan kesakitan)
  • mengamal IUD (Intra Urine Device) sebagai alat kontrasepsi
Gejala atau tanda-tanda?
Jangan begitu ambil mudah dengan tanda-tanda ini. Segera jumpa doktor. (nasihat untuk diri sendiri)
  1. Haid lambat
  2. Pendarahan kecil (warna coklat)
  3. Ujian kehamilan positif
  4. Pening-pening
  5. Sakit pada bahagian bawah perut
  6. Sakit pada bahu
  7. Sakit yang tajam menikam
Komplikasi ini tiada penawar. Maksudnya, kandungan tidak boleh diselamatkan dan ia tidak boleh ditukar kepada kandungan normal. Kuasa Allah, mungkin belum tiba masanya untuk pasangan-pasangan yang mengalami hal ini untuk menimang zuriat. Dan semoga Allah melindungi little fetus saya. Tolong doakan kami juga. Terima kasih.

p/s : masih tak tahu perkembangan kakak ipar. semoga kandungan beliau baik-baik sahaja. dah lama beliau menunggu. :)
sumber : portal alam hamil

1 comment

armouris said...

lagi info tentang mengandung luar rahim di SIHAT SELALU - Mengandung di Luar Rahim

Blog design by Rainy Day