Pages

Jun 13, 2011

Hamil : Karangan Bakal Ibu ^____^

Assalammualaikum. Hai.

Mungkin penangan membawa si little fetus, saya menjadi seorang yang sangat 'rajin' untuk menulis. Puas rasanya mahu mencari kekuatan untuk rancak menaip dan bercerita. Tambahan pula, kerjaan di office tidak begitu mengizinkan saya untuk sedikit bercanda-ria.

Office :
Satu perkara yang paling dibenci adalah apabila kita kena buat benda yang sama berkali-kali. Ya Allah, rasa nak pergi maki orang yang tak tahu buat kerja. It reminds me to the past with my ex-boss. Cuma perbezaannya ialah sekarang orang itu bukan bos tapi anak saudara bos yang diberi mandat untuk menjadi assistantnya (konon!). Bukanlah susah sangat tapi hari ini dia nak macam ni, and esok nak begitu. Lebih teruk tak sampai 1 jam cakap this, lepas tu dah cakap that. Oh, idiot! Tapi, apa boleh buat. Sabar. Sabar. Sabar. Itu yang mampu saya ucapkan kepada diri sendiri untuk ketenangan hati sepanjang 8 jam disini. 

Home :
Still, kami duduk dirumah yang sama walaupun pada awalnya berniat untuk duduk di kuarters kakitangan pendidikan. Dah dapat kunci, dah pergi tengok tapi.......vandalisme! Tak macam kuarters kerajaan, dan lebih teruk bila tengok dah tak macam rumah-rumah pendidik bangsa yang duduk. Sounds terrible, right? Entahlah, itulah yang kami nampak dengan mata kasar. Rumah yang available untuk first floor cuma sebuah dan rumahnya sangatlah sedih tengok. Tingkat 2 pula tak ada kosong dan tingkat 3 ke atas encik suami memang tak nak. Takut nanti saya tak larat katanya. Huhu. So, for the time being memang akan duduk dirumah yang sama tapi mungkin akan cari rumah yang lokasinya kebih dekat dan selamat. Selain dari budgeting, tujuan nak pindah adalah disebabkan encik suami yang risau untuk tinggalkan saya seorang diri dirumah sebab kalau duduk kuarters, ada security katanya. Nak duduk apartmen / kondo memang tak lah kan. Huhu.

Si Little Fetus :
Ahaks! Story yang paling ditunggu-tunggu oleh Zulliana. Tak tahu apa yang patut saya cerita sebab buat masa ini si little fetus tak boleh gerak-gerak lagi. Haha. Pada hemat saya, awal kehamilan merupakan saat-saat si isteri untuk menjadi super duper manja bersama encik suami. Agagaga. Saya belum pernah lagi muntah sebab saya memang menghalang keras hal itu terjadi. Biarlah muka macam senget benget, mata merah menyala sebab nak tahan diri dari nak muntah. Huhu. Tak suka muntah. Huhu. (statement macam dalam dunia ni ada orang yang suka muntah. haha.) Saya kerap mengalami keletihan yang amat. Asyik rasa nak baring, tidur dan bermalas-malasan. Mood nak berjimba-ria bersama encik suami diluar pun tak berapa nak ada. Lebih suka kalau sama-sama luangkan masa dirumah bersama beliau. Makan? Nampaknya saya masih kurang berminat dengan nasi tapi sangatlah berminat dengan nasi ganja / nasi vanggey. Berselera kau! Haha. Tekak sangat menginginkan makanan yang agak pedas tapi kena jeling-jeling encik suami nak kuah pedas lebih. T____T

Weekend :
Saya betul-betul menghabiskan masa saya dirumah. Biarkan encik suami menjadi bujangan seharian dan saya menjadi housewife yang taat setia dan rajin. Cewah! Sental sana-sini dan siap iron semua baju. Weeehuuuu! Kesian tengok encik suami iron baju for 2 weeks sebab saya rasa cam letih nak buat semua tu. Nasib baik encik suami sanggup iron baju sendiri walaupun hasilnya pada pandangan mata saya, tak syok lah. Iron balik sehelai dua baju yang beliau dah iron. Siap semua dan hati gila senang tengok baju dah iron tersusun elok dalam almari. Lunch, encik suami hantar makanan sebelum keluar dengan abang beliau. Siap beli nasi. Tapi tak terusik sebab rasa kenyang plus tak selera makan nasi. Pagi breakfast makan kentang goreng, sosej dan roti serta teh tarik. Wi-Wa-Hu.! Dan semalam,

Berjimba diluar selepas sarapan sampai petang. Bukannya berjimba apa pun, jalan-jalan. Then, makan. Then beli barang sikit-sikit. Psssttt! Saya baru beli lesung batu. Hahahaha. Saya tak berminat nak masak guna barang-barang yang di blend, sebab itu saya memilih untuk dapatkan lesung batu. Setakat masak sikit nak ketuk 2 ulas bawang, takkan nak pakai blend kot. Hihi. Dan, encik suami dah belikan saya pengukus. Yeay! Ok, kenapa saya pilih kukus dan bukan oven? Sebab saya lebih berminat untuk buat kek lapis / apa-apa kek yang dikukus. Tradisi dari Sarawak kan. Lagipun, kalau guna oven, terleka sikit karang ada je yang hangus terbakar. Pakai kukus tak payah. Lalalala. Bila rasa-rasa nak kukus kuih ni? ;) Ahaks! 

Family :
Beberapa hari lepas, bapak request nak gambar saya mengandung. Saya cakap, manalah ada nampak lagi perut comel saya. Agagaga. Then yesterday, saya sarung satu baju dan saya rasa macam eh tak berapa nak muat. Saya tengok perut. Eh, macam dah nampak tapi ni bukan buncit ke? Huhu. Saya takut itu buncit, bukan baby. Took 2 photos, satu tahan nafas dan satu lagi tak. Haha. Hantar kat mak dan mak reply, "peliknya perut kamu. hi hi." Adeh! Haha. Then encik suami pula tegur saya, kenapa awak nampak gemuk pakai tudung ni? Tudung ke atau saya memang dah gemuk? Huhu. Takut. Tak nak gemuk sangat. Nak sedang-sedang macam sekarang je. Huhu. Saya rasa macam kelakar pula bila tengok gambar tu balik. Nanti-nanti lah share kat sini. When I'm ready. Haha.

No comments

Blog design by Rainy Day