Pages

Jun 22, 2011

Hamil : Kad Merah Jambu

Assalammualaikum. Hai.

Dah lama dah rasa taip entri tentang perjalanan pendaftaran tapi tak habis-habis. Delete sebab boring baca benda yang sama. Ding! Haha. So, taip semula untuk dapatkan feel bercerita tahap tinggi penuh emosi. Agagaga.

Pada hari tersebut, kami sampai di klinik kesihatan ibu dan anak tepat pukul 8 pagi. Wajib datang awal sebab tak nak 'taiyub' tunggu lama-lama. Menunggu itu kan tak seronok. Sampai-sampai dah ada konflik tempat mendaftar sebab alamat rumah mertua sepatutnya daftar di klinik lain. So, dengan menggunakan alamat office yang sangat dekat dengan lokasi klinik maka saya diterima dan didaftarkan sebagai 'ibu luar kawasan'. =P

So, first sekali sudah tentu ambil nombor giliran. Saya dapat yang ke-15. Panas juga punggung. Then, bila nombor dah tertera 15 saya pergi jumpa nurse. Saya tinggalkan encik suami tak bagi dia masuk sebab orang lain semua tak bawa suami masuk. Saya cakap saya malu. Haha. Gedik kan? Padahal bukan apa pun. Masuk-masuk terus timbang berat, 66.5kg. Tak ke rasa nak pengsan? Patutlah muka tembam semacam. Huhu. Lepas tu, dia tanya butir-butir diri untuk kad merah jambu.

Bila dah dapat kad, nurse suruh masuk satu bilik untuk ambil darah. Sekali lagi rasa nak pengsan bila tanya nurse nak ambik banyak tak. Nurse cakap ambil 5ml. Terbeliak kau! Amik darah untuk check demam / hiv test pun saya takut, ini pula nak ambil 5ml. Huhu. Nurse tanya, "kenapa, takut ke?" Saya mengaku la tapi memang tak boleh nak lari. Masa nurse tarik dia cakap, "sakit sikit je kan. kalau nervous memang rasa sakit." Redha. Genggam tangan sepenuh hati. Haha. Bila dah cukup 5ml, nurse letak dalam dua bekas.

So, lepas ambil darah saya diarah untuk bawa darah ke makmal bersama-sama dengan satu bekas untuk urine. Sampai dimakmal, kena ambil urine terlebih dahulu sebelum serahkan semuanya kepada penjaga makmal. Dia test darah dan urine dalam peti ajaib. Kenapa ajaib? Sebab cukup masa srett sreettt keputusan ujian keluar. Alhamdulillah. Nasib baik semuanya baik-baik sahaja. Risau betul takut gula dalam darah tinggi. Kawan saya perlu ambil darah 4 kali sebab gula dalam darah dia tinggi. Seriau!!!!

Balik dari makmal, saya pergi balik ke klinik ibu anak untuk jumpa nurse. Syukur Alhamdulillah tunggu tak lama. Masuk-masuk, lepas tanya sikit-sikit keadaan kita kemudian dia suruh baring nak periksa breast, tummy dan juga kaki. Nurse cakap saya baby saya kecil lagi, tak rasa lagi. Dan nurse check kaki sebab nak tengok bengkak atau tidak. Nurse puji saya sebab saya pergi register awal. Weee! Bangga sikit. Haha. Kemudian dia nasihat bab-bab makan terutamanya untuk tambah darah sebab dia kata, 'keputusan hari ini tak akan sama dengan keputusan hari-hari akan datang.' *dah cuak!*

Finally, bila dah selesai - I am officially a mummy to be yang dah di register. Ada kad merah jambu untuk dibawa ke hulu ke hilir. Muahaha. Ok, bye!

2 comments

Edat_Uzair said...

makcik....kwn awk yg kn amik darah 4 kali tu mest sy kan? ngeh3....klu berat x melebihi 80kg...toksah risau..takde nya kn mcm sy..lg 1 klu family background xade diabetis..mmg xpyh pikir psl amik darah 4 kali tu ye...:-)

D Yatie said...

hahahaha. kalau berat tu tak risau kot tapi family background ada tu la masalahny...tambah lagi dulu 2009 saya pernah kena trace gula boleh dikatakan agak tinggi...haruslah takut! :p

Blog design by Rainy Day