Pages

Jun 2, 2011

Hamil : Idam-Idaman - Mengidam!

Assalammualaikum. Hai.

Pregnant, semua orang akan kaitkan dengan morning sickness dan mengidam. Jadi kalau belum kahwin dah ada morning sickness dan idam-idaman, orang tak peduli atau mungkin juga jadi curious. Hehe. Mengidam makanan? Saya memang 'li-hai'. Masa anak dara dulu lagi memang selalu mengidam nak makan. Melampau-lampau mengalahkan orang mengandung terutamanya masa dekat-dekat nak 'cuti'. Sampai nangis-nangis tak dapat buah pelam. T_________T

Buat masa ini, saya tak mengalami sindrom mengidam terlampau. Mungkin sebab dulu kerap sangat mengidam nak makan itu ini. Malahan saya mengalami kekeliruan kehendak anak tekak. Hehe. Saya jadi tak tahu nak makan apa. Saya keliru. Kalau siang, saya tak ada pilihan lain selain makan. Lapar satu hal. Takut perut masuk angin - seksa! Berselera makan. Perlu ke destinasi baru tahu nak makan apa. Kalau nak disuruh merancang, memang tak akan tahu. Blur. Tapi bila malam, saya memang tak makan nasi. Tak ada selera tengok nasi. Masak untuk encik suami je. Saya makan buah ke. Kentang ke. Semalam beli laksa. Tiba-tiba,

Cik Isteri : Laksa ni dah tak sedap macam dulu.
Encik Suami : (Angkat kepala, tengok.)
Cik Isteri : Cuba rasa. Laksa yang tak sedap ke atau saya yang rasa tak sedap.
Encik Suami : (Rasa. Thumbs Up.) Sedap. Macam biasa.
Cik Isteri : (Muncung.) Kenapa saya rasa tak sedap.

Fine. Kami sama-sama jelas dengan keadaan ini. Mahu tak mahu, saya terpaksa mencari sesuatu yang baru supaya saya dapat kepuasan. Tapi kan, saya bayangkan ada pelam pauh didepan saya. Mesti syok! Masa tu mesti baru puas. Hehe. Dah puas cari kat sini, tapi entah tak jumpa-jumpa. Pelam yang besar-besar aje tengok. Tak syok. Tak masam. Masam macam pelam pauh baru tip top! Nyum3. Kembang air liur. Huhu. Entah bila nak dapat. =___='

Setiap kali usai solat, saya akan memanjatkan rasa syukur kepadaNya. Berterima kasih atas kurniaan yang diberikan buat kami. Saya sentiasa memohon agar diberi kekuatan dalam menghadapi apa jua dugaan semasa mengandung dan semestinya juga agar si little fetus terpelihara. Kadang-kadang saya jadi gusar. Risau akan kemampuan saya untuk sentiasa kuat, dan tabah. Banyak dugaan masa ni. Doakan saya juga ok! :)

p/s : Semoga saya terhindar dari alahan yang teruk serta mengidam yang melampau. Dibuatnya mengidam nak makan masakan mak bapak. Ha kau! Kena naik flight tuh. Hihi.

3 comments

zuezul said...

dayang...tulis mcm terpakse aje..hehehe...adoi hai..

D Yatie said...

hoit!
tak mau la update lagi..
penat i karang dgn seikhlas hati...
Huhhh!!!! :(

zuezul said...

ala..u karang pun i dah boleh bau dah kalau terpakse ke tak..hehehe..lain tak feel die..hehehe..update la lagi..nak tau..eh,bile u nak pindah babe..update please..

Blog design by Rainy Day