Pages

May 4, 2011

Lil' Life

Assalammualaikum. 
Hai.

Encik Suami : Saya sebenarnya tak nak tinggalkan awak seorang.
Cik Isteri : Hahaha.
Encik Suami : Tengok, saya cakap betul awak gelak. Bla3....

Hujung minggu ini dan minggu depan, encik suami akan berada diluar kawasan Ipoh. Beliau akan meninggalkan cik isteri dirumah mak dan ayah mentua. Tipulah kalau saya cakap saya tak ada rasa sebak, tak ada rasa gundah. Jauh bezanya zaman bercinta sebelum kahwin dengan selepas kahwin. Perasaan selepas kahwin ini lagi kuat. Moga-moga rasa cinta itu bertambah kuat juga. =)

Broadband:
Mungkin sahaja akan dihentikan buat selama-lamanya sebab kawasan rumah saya sangatlah menyakitkan hati. Bukanlah jauh sangat dari Pekan Ipoh tapi boleh pula tak ada 3G. Tak ke sengal? Sedangkan kampung ku nun jauh indah permai lagi ada 3G. Tak ada nak tunjuk warna hijau atau EDGE. Geram! Dan encik suami mula menyuarakan pendapat supaya dihentikan sahaja. Membazir. Mula-mula saya memberontak itu dan ini, tapi bila difikir balik - betul. Haha. Biasalahkan? Memilih untuk melatah terlebih dahulu. 

Kerja:
Musim kesibukan sudah bermula yang saya juga tidak pasti bila penghujungnya. Saya turut menerima tempias dan terpaksa memandang sepi pada fail-fail audit. Semoga ilmu yang diterima sebelum ini tidak akan pergi. Semuanya sebab saya sudah mula seronok buat audit. Sekarang, hati saya tidak senang dek kerana seorang makhluk yang seperti cacing kepanasan kalau tidak mengarah saya. Dia tak kenal lagi saya siapa, saya pernah melawan bos. Apatah lagi dia yang sekadar anak saudara bos. Cis!

Dan dia sebenarnya sudah cuba untuk menjerat saya. Tapi itu cuma dalam mimpi dia. Bos-bos saya tak marah saya pun sebab mereka tahu saya orang baru. Jadi, orang yang konon-konon ditugaskan untuk menyelia saya perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Dia tak selia saya dengan betul, jadi saya buat silap. Kan? Hehe. Kemenangan terasa disitu tapi perlu juga berjaga-jaga. Dalam pejabat ni, tak ada seorang pun yang pernah terlepas dari kena 'cucuk' oleh dia yang berhati busuk.


Menjawab pada soalan Zulliana : Ahaks! I belum lagilah U. Macam U juga kot. Harus fikir banyak hal. Tapi kalau Allah bagi rezeki, saya terima dengan lapang dada dan tangan terbuka. Hehe. 

1 comment

zuezul said...

amboi dear,menjawab soklan i tu..hahaha... tula..skrg nie kene pikir byk hal..pastu my mom ckp ape tau..

jengjeng jeng..nanti i tulis kat my blog ok..haha

Blog design by Rainy Day