Pages

May 23, 2011

Hidup : Teman Lelaki VS Suami

Assalammualaikum. Hai.

Sebelum bermula, saya nak bagi sedikit nasihat atau kata-kata semangat.

"BARANGSIAPA YANG BELUM KAHWIN, KAHWIN CEPAT"
.hahahahaha.

Sekiranya anda fikir sekarang anda bahagia bersama teman lelaki, yakinlah bahawa kebahagiaan itu berlipat-ganda bila bersama dengan suami. Semua yang sudah berumahtangga pasti angkat tangan tanda setuju dengan pernyataan ikhlas dari saya. Wink! Wink!

Bersama suami, kamu bebas mahu buat apa sahaja asalkan tidak mendatangkan aib terhadap diri dan pasangan ketika berada dikalangan orang ramai. Maksudnya, kamu dan suami ke shopping complex / supermarket / pasar malam; kamu bebas nak berpegang-tangan atau peluk-peluk pinggang tak peduli orang. Yes, it seems too over but that's the truth right? Seringkali kita dijamu dengan pemandangan yang sedemikian terutamanya di shopping complex. Tapi, bukan bermakna kamu boleh bercium-ciuman / berpeluk-pelukan dikhalayak ramai. Adat timur kita kena juga jaga. Islam pun tak suruh kamu bermanja-manja dihadapan khalayak. Mungkin sahaja orang akan rasa annoying melihat keletah kamu. Jadi, berpada-pada. Romantik itu boleh, tak salah. Nak lagi romantik, balik rumah. 

Ada suami, dia akan menemani kamu setiap masa. Sentiasa berada didepan mata. Pernah dulu mungkin kita fikir kita akan bosan asyik lihat muka suami kita. Bangun tidur, muka dia. Nak pergi mandi, muka dia. Breakfast, muka dia. Pergi kerja, muka dia. Lunch, muka dia. Balik kerja, muka dia. Dinner, muka dia. Nak tidur, muka dia. Dah tak ada tengok muka orang lain dah. Muka dia saja. Jadi, rugilah kamu yang angau bercinta asyik terbayang muka teman lelaki kamu dimana-mana. Kahwin, kamu bukan terbayang tapi memang sudah ada didepan mata. Buat apa yang kamu suka. Haha. Eh, tak bosan tau. Cuma kamu kena pelbagaikan sedikit rentak dalam hubungan. Hehe.

Pergilah kemana-mana kamu mahu bersama suami. Nak dating belakang rumah banglo kosong / semak / dalam hutan? Silakan. Tak ada orang ganggu kecuali sang ular / lipan / kala jengking yang cemburu kamu dating. Tapi nak buat apa pun dating kat tempat bahaya mcam tu kan? Then, kalau nak duduk rumah tumpangan yang selalu kena serbu Jabatan Agama pun boleh. Mungkin kamu nak tahu macam mana rasanya duduk rumah tumpangan yang selalu kena serbu atau mungkin saja nak test Jabatan Agama. Tapi, kamu mestilah nak duduk hotel 5 bintang kan? Alang-alang nak duduk hotel, bulan madu sekali kan? Hihi. 

Sebenarnya, ada BANYAK tapi saya cuma bagi SIKIT hint. Mahu tahu lebih, kahwinlah. Haha. Tetapi, pesanan ini cuma buat mereka yang dah mampu dan tidak termasuk mereka yang masih bersekolah. Tak kira budak sekolah rendah ke menengah ke. Kolej dan Universiti juga tak terkecuali. Ok, bye!

p/s : bahagia yang berlipat ganda dek kerana hubungan yang sah (menjadikan kita halal antara satu sama lain), dirahmati dan diberkati oleh Allah. InsyaAllah.

No comments

Blog design by Rainy Day