Pages

May 11, 2011

Hidup : Ikan Siakap Tiga Rasa

Assalammualaikum. 
Hai!

Hujung minggu lepas sepatutnya encik suami pergi ke kem persatuan juruteknik komputer. Kami dah rancang, saya akan tinggal rumah mak ayah mentua. Walaupun tak berapa selesa tapi kena terima juga, kan? Tapi, saat-saat akhir encik suami tak pergi. Semestinya saya suka. Siapa yang suka kena tinggal? Ahaks!

Jumaat, selesai solat Asar perut saya tiba-tiba meragam. Tak semena-mena. Tak ada rasa nak buang angin langsung, apatah lagi nak buang air besar. Perut rasa kena cucuk-cucuk. Nak dijadikan cerita, kebetulan sebelum sembahyang saya minta encik suami masak. Bukan nak apa pun, saya teringin nak makan ikan bilis goreng. Haha. Nasi putih berlaukkan ikan bilis goreng. Best2!

Sangatlah terharu bila encik suami pang pung pang pung didapur siapkan lauk untuk isteri dia. Nasib baik si isteri tak mengidam lebih-lebih minta siakap tiga rasa ke, ayam masak merah ke, daging masak hitam. Saya minta ikan bilis goreng dan sup sayur. Nikmat sangat dapat makan sup. Nyum3. Orang kata dapat betis nak paha pula, minta lagi buatkan teh o panas. Hoho.

Hujung minggu tak ada buat apa, ke sana sini ikut encik suami cari spare part motosikal kesayangan. Nak ditinggalkan? Oh, tidak. Saya rela berhujan berpanas daripada jadi mati kutu. Sounds bad, right? Tapi encik suami pun ajak dan bawa saya,jadi pucuk dicita ulam mendatang. Kan?

Apa kena mengena dengan ikan tiga rasa? Sebenarnya tak ada apa, cuma entri ada beberapa kisah. Tak tahu nak letak tajuk apa. Haha. As requested by a best buddy, a picture of my house. Tak tau nak describe apa. Teaser kot ni. Haha.

3 comments

zuezul said...

hehehehe...comel aje.
dah ngidam2...woweee...hehe
aik..ruangan tu aje ke..but comel aje nampak Garfield kat mesin basuh..hehehe..satu je ke babe?

D Yatie said...

hahaha...
i ni mmg suka mengidam...
ruangan tu aje la...
tu pn gmbo bila tah...
haahaha..garfield tu kanak2 ribena punya aka encik suami...haha...
satu apa? gmbar satu je lah u...nt ad lagi i upload...haha...

zuezul said...

yela.i kan request 45 keping blog bergambar baru..i mean latest of u la..hehehe..

Blog design by Rainy Day