Pages

May 16, 2011

Hidup : Hobi Baru

Assalammualaikum. Hai.

Cik Isteri : Awak, sejak dua menjak ni kita layan drama kan?
Encik Suami : Buat muka toye.
Cik Isteri : Pelik kan? Kite dah tua ke ye?
Encik Suami : Erm.
Cik Isteri : Kan? Kan?
Encik Suami : Kita nak tengok cerita apa pun. Bukan ada drama omputih.
Cik Isteri : =____='

Itulah dialog pasangan suami isteri yang sunyi duduk berdua. Haha. Realitinya, saya errr..kami sudah punya hobi baru iaitu menonton drama melayu. Sebenarnya saya tapi encik suami terikut-ikut. Kalau dulu dirumah mak ayah mentua beliau akan tengok National Geography, tapi sekarang beliau ikut rentak saya pula. Lagipun, National Geography asyik ulang benda yang sama. Sekarang pula drama melayu macam menarik minat hati, buat kami rasa nak tahu lagi. Gila drama, ok. 

Semuanya bermula sejak drama Cinta Antara Kita dan seterusnya sekarang Nora Elena yang disiarkan pada pukul 7 petang. Saya akan cuba pastikan saya akan sampai dirumah sebelum pukul 7. Kalau boleh, seawal yang mungkin supaya saya boleh siapkan makan malam sebelum drama bermula. Sup Sap Sui saja kan? Hihi. Kalau tak sempat pun yang penting, volume dikuatkan sedikit supaya saya boleh dengar dari dapur (nasib baik rumah kecik). Encik suami cakap, "hebat isteri aku, dengar pun cukup oh." Haha.

sumber : google

Kisah Alia (bawang putih), Dania (bawang merah) dan Jufri (putera raja). Gelaran dalam kurungan cuma rekaan semata-mata dari saya. Tapi betul kan? Mulut saya sudah tentu tak habis pot pet pot pet sampaikan encik suami cakap, "jangan emosi sangat, cerita." =___=' By the way, the ending was sucks ok. TAK SUKA! Geram betul pengakhiran yang tergantung. Entah apa yang difikirkan oleh si pengarah. Tak tau la pula kalau itu taktik mahu ada Cinta Antara Kita 2 kan?

sumber : google

Lepas Cinta Antara Kita, Nora Elena pula jadi pengganti. Pada mulanya tak mahu tengok sebab tak berapa minat dengan pelakonnya kecuali bakal suami tak jadi si Aaron. Tapi jalan ceritanya menarik. Ah sudah! Tak mahu ketinggalan dan encik suami pun sibuk tertunggu-tunggu. Jumaat lepas encik suami cakap, "tah apa2 je nora elena ni, jumaat dia tak der pulak." Haha. Tak sabar nak tunggu episod hari ini. Hehe. 

sumber : google

Malam ini ada Juvana dan sekali lagi tak sabar nak tunggu walaupun saya bising nyot nyet geram tengok drama ni. Ya, saya memang beremosi tapi geram  gila lah. Tak tahu nak cakap macam mana, kadang-kadang encik suami jadi mangsa kena belasah. Selalu kena pukul, kena cubit. Geram! Siapa yang tengok drama Juvana sama macam saya, mesti dia faham perasaan saya. Haha.

sumber : google

Dan seterusnya ialah malam esok, Asmara 2. Saya sangatlah adore dengan si Asmara sejak siri 1 lagi. Syok tengok cerita ni. Feeling habis. Semua perasaan ada. Konon nak encik suami macam si Asmara tapi tak adanya lah kan? Kalaulah ada encik-encik suami kawan-kawan saya macam si Asmara, fuh! Tak payahlah kau orang nak buat hal. Sangatlah bertuahnya kau orang. Satu lagi, lagu-lagu dia best. Menyayat hati. Haha. Dalam hati kan masih ada taman? ;)

Itulah antara hobi saya bersama suami. Ada hati nak beli monopoli ataupun any indoor games tapi rasanya nanti beli saja. Haha. Internet memang dah tak ada jadi bila idea ada memang tak dapatlah nak menulisnya. Jadi, aktiviti saya cuma tengok tv, kemas rumah sikit-sikit dan masak. Ada saja yang nak dimasak sebab tak senang kalau tak mengunyah. Habislah, gemuk. T_________T

p/s : hahaha. dah update untuk kamu zulliana. tak tau nak tulis apa dear...huhu...

3 comments

zuezul said...

tak cukup lah. pendek lak tu...
cepat la karang panjang2 mcm slalu.slalu karangan tingkatan 5 and 6..skang dah jadi karangan time i amek upsr aje..hehe

aiza aidir said...

aweetnye entry kali ni..tergelak sorang baca...haha....

D Yatie said...

ZUE : hahaha. i pn hrp mcm tu tp otak beku! T____T

nor : hik3...tang mana sweet ny tu? tak nampak =___='

Blog design by Rainy Day