Pages

May 26, 2011

Hidup : Facebook Sebelum dan Selepas Kahwin

Assalammualaikum. Hai.

Selepas kahwin, saya cuba perhatikan reaksi kawan-kawan bila saya letak status yang pelik-pelik. Haha. Ok, sebenarnya bukan niat nak ‘kena’kan mereka tapi entah, hati saya nak sangat tengok tindak balas spontan mereka. Serius, comel kawan-kawan ku semua. Tetapi, semua status tersebut sudah saya padam untuk mengelakkan salah faham yang lebih panjang.

Status 1:

“pelam cicah garam”

Haha. Kalau sebelum kahwin dulu, tak ada orang peduli kita letak status makan masam-masam macam ni. Padahal kita memang suka makan benda masam-masam. Lagi-lagi saya, sangatlah suka makan pelam terutamnya yang dipanggil pelam pauh. Nyam3. Tengah menulis pun dah terliur apatah lagi kalau pelam ada didepan mata. Jadi, sudah tentu kawan-kawan/saudara-mara mula bertanya : dah mengidam ke? dah ada ke? dah berisi ke? 

Status 2:

“42 hari”

Hehe. Pada hari saya letak angka ini sebenarnya genap 42 hari kami bergelar suami isteri. Ada yang bertanya, kira hari apa. Bila disuruh meneka, jawapan mereka sudah tentu mengandung. Hihi. Itu belum lagi yang terus mengusik encik suami hebat sebab dah mengandung. Kononnya lah kan. Tapi saya masih tidak menjawab soalan mereka. Biarkan mereka berteka-teki sebab sekiranya saya sudah sah mengandung, saya akan maklumkan secara terang-terangan. InsyaAllah. 

Status 3:

“mengantuk. rasa nak cungkil biji mata. letih memanjang.”

Saya betul-betul rasa apa yang saya rasa. Ingatkan saya akan dapat nasihat atau tips untuk menghilangkan semua tu tetapi bakal-bakal ibu memberi pendapat dan nasihat: preggy kot. balik ni check mana tau mengandung. saya dulu macam tu, rasa nak tidur dan letih aje Alhamdulillah baik aje. Haha. Comel sungguh mereka. Tapi bukan bermakna saya tak peduli nasihat mereka. Tidak. Cuma takkan lah saya beria-ia jawab, baik! Haha.

Mak saya cakap, “eh. nak pelik apanya. kau dah kawen. memanglah.”

p/s :Walaupun saya rasa pelik, tapi saya tak kisah. Betul pun. 
Cuma kadang-kadang saya rasa menyampah. Eh, bukan menyampah. Saya rasa rimas. 
p/s: dup dap! dap dup! Esok penghulu segala hari, Jumaat. =)

2 comments

zuezul said...

Hahaha..tu la maknenye asam garam kehidupan selepas berumah tangga dayang oi..

dlu bujang soklan cepumas=

"bila nak bertunang?"

dah bertunang =

"bila nak kahwin nya?"

dah kahwin..=

"bila nak ada baby nye?"

cepumas+cepucemas = rimas lemas lah..hehehe

D Yatie said...

hahahaha. kan? lemas giler~nak bagi jawapan selamat = akan dihebahkan kemudian...hihihi...

Blog design by Rainy Day