Pages

May 19, 2011

Hidup : Ditinggalkan Suami

Assalammualaikum. Hai.

Pada mulanya, saya ingatkan saya akan berperasaan biasa-biasa sahaja bila encik suami tiada. Cuma mungkin bosan tak ada orang yang boleh diajak ber-hu-ha. Nak kata tak ada teman bergaduh, bertepuk, bertampar; tak kot sebab adik encik suami ada. Bolehlah buat belasah. Hehe. Kononnya seronok sebab boleh dating dengan Mr. Fujitsu, layan movie atau taip entri ke. Tapi, semuanya konon.

Hujung minggu lepas encik suami berpergian untuk Pertandingan Pengkisahan Pemimpin anjuran Kementerian Penerangan. Seakan kurang percaya encik suami turut serta. Hihi. Mahu atau tidak, perlu terima hakikat ditinggalkan buat sementara. Encik suami pergi berjuang katanya. Ecewah. Bermulanya kisah ditinggalkan pada awal pagi Sabtu, 14 Mei 2011. Kali pertama, ok. Kongsi sedikit perasaan ketika ditinggalkan. Hihi. Poyo je kan? Padahal, tak sampai 48 jam pun. =___='

Tengok encik suami bertolak bersama si 'kuda' putih, saya rasa macam ok lagi. Haruslah buat cool sebab mak dan ayah mentua pun ada diluar iring encik suami. Tak dapat den nak bermanjo-manjo sama suami eden aih. Haha. Masuk rumah layan internet dengan adik encik suami. Baru terhegeh-hegeh nak upload entri 100 penulis. Risau pula mak mertua nak masak tengahari sebab saya tak berapa tahu nak tolong apa didapur. T________T

Lepas tolong mak mertua masak (kacau2 je), kami tengok tv. Lepas Zohor, saya masuk bilik nak baca novel - tapi sebaliknya. Novel yang baca saya dari pukul 1.30 sampai 6 petang. Gila kan? =___=' Saya tak sedar langsung sebab malamnya layan The Sixth Sense sampai pukul 2 pagi. Huhu. Bangun-bangun, mak dan ayah mertua tengah siap-siap nak keluar. Saya pun siap-siap untuk pergi siapkan diri untuk tidur malam pula. Hihi. Lapar, saya makanlah dulu. Makan dengan pantas ok! Haha.

Bila malam tiba. Jeng! Jeng! Malam betul-betul menggamit nostalgia bersama suami. Haha. Muntahlah. Ada aku kesah? Hehe. Ok2. Saya tak nak duduk dalam bilik macam selalu, tak juga online. Layan tv bersama keluarga mertua. Nasib baik cerita best. Layan 2 terus. Masuk bilik, pusing kiri, pusing kanan. Pap! Tidur sampai pagi. Eh, malam tu encik suami telefon. Sangat seronok ok. Sebiji sama macam bercinta dulu-dulu. Jauh beratus batu. Ahaks! Tapi lagi extreme sekarang. Lalala.

Tengahari encik suami sampai rumah. Saya tengok dia, dia tengok saya. Senyum. Tiba-tiba jadi malu kucing.  Haha. Ok, bye!

p/s : masa bercinta, biarpun jauh beribu batu rasa rindu itu tak sama. sekarang, biarpun tak sampai 100km, hati rasa rindu yang teramat. nikmatnya kehidupan berumahtangga. dan lebih nikmat dan lebih bahagia bercinta selepas kahwin. bahagia. amin... 

No comments

Blog design by Rainy Day