Pages

May 27, 2011

Hamil : Petanda Awal?

Assalammualaikum. Hai.

Entry written on 24th May 2011:

Kenapa menulis entri terlalu awal? Hehe. Takkan tiba-tiba terus nak publish benda yang tak pasti. Nanti Puan Zulliana terlebih pula teruja. Susah nak sembunyi dari beliau dan terpaksa pusing-pusing jawab SMS. Maaf Zulliana. Saya tak mahu kita sama-sama hampa kalau negative. Hehe. 

Saya tiba-tiba rasa saya ada tanda-tanda ini:
1. Sakit-sakit badan / pinggang (asyik-asyik nak mengeliat)
2. Sembelit (2,3 hari sekali masuk bilik termenung)
3. Perut seakan-akan masuk angin (tak pernah-pernah, tiba-tiba)
4. Cecair

Perkataan tersebut adalah dari laman ini. Saya inbox encik suami link laman tersebut dan senaraikan keempat-empat cirri diatas.

Encik suami: Apa benda tu
Cik Isteri: Yg sy tulis tu cm yg ad pd sy skrg
Encik Suami: Haha ok la tu mesti kembo ny yess.. Nti check doc yer
Cik Isteri: Hish merepek awk ni.
Encik Suami: Ngapa lak

Haha. Ok, itu SMS dari encik suami. Ayat penyata encik suami buat saya gelak seorang. ‘mesti kembo ny yess’. Haha. Kelakar pula rasanya encik suami. Kembar? Nenek saya – adik beradik mak saya ada yang kembar. Jadi, kononnya saya ni baka nenek yang bakal lahirkan anak kembar. Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal A’lamin. Siapa tahu kan. Rezeki dari Allah. Hehe.

InsyaAllah, saya pilih hari Jumaat nanti untuk periksa. Tak pasti samada sendiri atau terus jumpa doktor. Jujur, saya ada sedikit rasa takut. Huhu.

1 comment

zuezul said...

hahahaha..eh,u ingat i nie tak leh bace ke..i nye instinct kuat ok..jgn tipu2 i la..hehehe..see..i ckp betul..hehehe...eh,sikit sgt kot update.

Blog design by Rainy Day