Pages

May 30, 2011

Hamil : Kamu Hamil ! :D

Assalammualaikum.
Hai.

Jalan kedek-kedek pergi ke kaunter klinik,

Saya : Nak tanya, kat sini ada untuk check pregnant?
Cik CS: Ada. Cuma tak ada scan.
Saya : Ok.

Motif cuma nak pengesahan, hamil ke tidak.

Doc : Ya, ada apa.
Saya : Saya nak pregnancy.
Doc : Sebelum ni tak check?
Saya : Sendiri je. Tapi takut salah.
Doc : Kenapa pula? (sambil gelak-gelak)
Saya : Ye lah. Mana tau ralat ke. 
Doc : Kenapa tak percaya. (gelak-gelak sambil bagi bekas untuk ambil urine)

Encik suami terus masuk tandas masa sampai klinik, jadi beliau tak ikut sekali. After ambil urine, saya tunggu diluar dan encik suami dah keluar dari bilik termenung. By the time nama saya dipanggil, saya masuk dan encik suami ikut masuk. Saya rasa macam, 'eh biar betul dia ni nak ikut masuk.'

Doc : Duduk dulu ah.
Saya : Ok.
Doc : Anak pertama ke?
Saya : Aah. 
Doc : Patutlah. (mesti dia fikir kami gelabah semacam. =__=')
Saya dan encik suami : Senyum-senyum kambing.
Doc : Pregnant lah.
Saya : Betul ke?
Doc : Aah. (ambil benda alah ala-ala kitaran, pusing-pusing) 6 minggu satu hari.
Saya : Oh. (tengok encik suami)
Doc : Ya, jadi due date 21 January 2012 lo. (senyum)
Saya : (senyum tapi jadi speechless - tak tau mau kata apa)
Doc : Baring sana.
Saya : Ok.
Doc : (check2 bahagian ari-ari dan breast) Kat sini tak ada rasa lagi. Ini dah tegang. 
Saya : Gulp! Sakit kot. T_____T

Beralih duduk dimeja doc.

Doc : Memang tak rasa apa-apa lagi, tapi dah hamil lah. Memang ada.
Saya dan encik suami : (angguk-angguk)
Encik suami : Jadi, macam mana dengan pemakanan dia doktor?
Doc : Semua sama. Cuma sekarang kalau makan banyak, dia gemuk. Lepas 7 bulan, makan banyak baby gemuk.
Encik suami : Makan apa ye?
Doc : Biasa. Diet seimbang le. Makan sayur dan buah banyak-banyak. Sekarang, saya bagi asid folic dulu. Lepas 3 bulan baru multivitamin.
Encik suami : Susu doc?
Doc : Boleh juga kalau mahu. Cuma jangan makan ubat sembarangan. Ada allergy tak?
Saya : Tak ada.
Doc : So, kalau sakit jangan simply makan ubat. Kena jumpa doc.
Saya : (angguk tapi aduh!)
Doc : Makan asid folic setiap pagi ah. Nanti 3 bulan mau pergi gov ka, sini ka datang ambil darah.
Saya : (sekali lagi gulp!)

Jujur, saya memang agak terpinga-pinga. Seakan-akan macam drama melayu yang pergi check baby. Tapi, tak ada lah sampai pengsan ke apa kan. Haha. Kalau ada, tak tahu la. Gilos kot. Still, macam caya tak caya saya dah jadi mak buyung. Malu pun ada bila tengok muka parents mertua.  =____='

May 27, 2011

Hamil : Please Pray For Us

Assalammualaikum. Hai.

Ehem! Ehem! Ehem!
.hehehe.
.how lah nak mulakan.
=___='

For the first time, I'm hardly counting the days for coming menses. Haha. Semua sebab nasihat dua orang kawan : Zulliana dan Fida. Both of them said the same thing, "eh, u kena kira tau hari subur u." Haha. Saya pun struggle with encik suami nak ingat balik tarikh 'cuti' last month. Puas rujuk sana-sini dan bila dah dapat tarikhnya saya pun siap tanda-tanda lagi kat kalendar. Hoho. Till the date that I'm supposed to 'cuti', saya masih tak boleh cuti. No sign for menses except breast yang sangatlah sensitive.

Saya menggoogle kriteria-kriteria awal kehamilan dan tersedar, "aku macam ada semua ni lah. alamak." Yes, I didn't much expect saya akan jadi mak buyung this early. Saya jenis yang agak sambil lewa. Selagi belum ada yang terkena batang hidung sendiri, selagi itu saya tak ambil peduli. Cuma pelik-pelik saja bila:
  • satu badan especially pada bahagian tangan rasa kebas dan pinggang. puas dah buat regangan tegangan tapi tak juga puas hati sampai minta tolong encik suami urut dan picit.
  • menses tak kunjung tiba dan breast sangat sensitive. sampai mengadu kat mak. huhu.
  • sakit pinggang dan belakang sentiasa. selalu mengeliat sepanjang lapan jam dioffice.
  • kerap kencing. lebih daripada biasa. hehe.
  • cairan. my mum cakap keputihan kot, tapi tak rasa pun cam keputihan. lain. hehe.
  • mengantuk sampai rasa nak cungkil biji mata. kadang-kadang awal pagi dah tersengguk kat meja.
  • malas sangat. ini part yang memang kalau tak dipenuhi akan buat jadi marah gila-gila. 
  • bila petang-petang, saya kerap rasa macam nak muntah. tapi control, konon cakap sebab sejuk sangat.
  • sejuk. orang lain panas saya tutup air cond. kat rumah encik suami panas, saya tidur guna selimut.
  • mood bersepah-sepah. sangat mudah marah dan sudah tentu encik suami terkena tempiasnya. 
  • makan. agagaga. boleh jadi rajin balik kerja masak ikan bersambal lah, pucuk ubi masak lemak lah, ubi kayu rebus lah. 
  • sensitif gila-gila. sebab kecik je saya boleh nangis teresak-esak. bila dah kena pujuk dan hati juga dah sejuk, encik suami tanya kenapa. encik suami tepuk dahi bila saya jawab saya tak tahu kenapa saya sensitif sangat. huhu.
  • oh, satu lagi part makan. saya tetiba nak makan jajan. ahaha. encik suami singgah tesco saya sambar keropok, kerepek, kekacang dan jeruk guava. tak pernah-pernah.
Atas sebab semua diatas, saya dan encik suami nak buat test. Saya boleh lihat encik suami sangatlah teruja, ok. Asyik cakap yang dia nak kembar. Minimum is 2. Haha. Kalau dah minimum 1, bukanlah namanya kembar. Haha. Lepas tu semalam dia cakap kalau dapat 6 mesti best. Cukup. Tak payah nak mengandung lagi. Tapi kalau nak boleh juga. 4 pulak. Jadi 10. Haha. Kelakar je. Saya pun layankan saja. Mana tahu Allah memang turunkan rezeki untuk kami anak kembar macam nenek saya. Amin.Amin.Amin. =) Jadi, kami decide untuk check hari Jumaat. Penghulu segala hari.

Woke up early dari biasa dengan bersungguh-sungguh plus debaran. Sebenarnya, malam tu dah tak sabar nak test tapi encik suami sembunyikan. Tunggu pagi katanya. Huhu. Benda dah ada kat rumah, tu yang macam tak sabar sikit. Haha. Then, bila saya buka tutup tu. Taaaarrrraaaa!!!! Merah dua-dua line. Saya rasa macam caya tak percaya. Keluar dari bilik air, saya terus bagi encik suami tengok sendiri dan saya pun teruskan sesi bersihkan diri sendiri untuk mencari rezeki. Cewah!

See!
Percaya Tak?!
Hehe.

Bila keluar, encik suami cakap tak tau result sambil buat muka tak tau. Saya pun jadi geram. Geram sebab dia buat-buat tak tahu. Tapi muka dia selamba gila. Geram. So, ignoring him is the best way. Haha. Bila kami bersiap-siap, encik take out the list of groceries for this month and cakap sambil tulis, "nak tambah susu." Saya pelik dan tanya dia what for. Dia jawab, "susu awak lah". Saya, "gulp! hahaha." He's so cute and sweet ok! Lantaklah orang cakap my husband tak cute, tak sweet. Hehe.

Oh, last night he's asking before we slept. "Kalau mengandung memang tak boleh nak pakai baju yang ada eh?" Oh, very funny ok. Of course lah I'm answering him back "CANNOT". Then dia cakap, "kena simpan duitlah". "Yes, every single thing u need to buy the new one". Then he "kroh! kroh! kroh!" Hoho. Masa prepared drink for breakfast, saya ambil nescafe. Dia cakap, " tak payah minum nescafe lagi. tak elok." Huwwaaa! Saya hantu kopi, hantu nescafe! T_____T

Petang ni, InsyaAllah walaupun kami melalui test tu positive tapi nak pergi buat confirmation. Mana tau benda alah tu sengaja nak main-main kan kami. Haha. Mak pun dah suruh pergi check doc dulu. Better. InsyaAllah balik nanti kami singgah. By the way, apa pun saya / kami berdoa semoga benda alah ni tak bagi keputusan yang salah. Hehe. Tipulah kalau saya cakap saya tak happy. HAPPY SANGAT ok.

.gambar tanpa edit.
.kabur.

p/s: doakan kami juga ya. terima kasih. =)

Hamil : Petanda Awal?

Assalammualaikum. Hai.

Entry written on 24th May 2011:

Kenapa menulis entri terlalu awal? Hehe. Takkan tiba-tiba terus nak publish benda yang tak pasti. Nanti Puan Zulliana terlebih pula teruja. Susah nak sembunyi dari beliau dan terpaksa pusing-pusing jawab SMS. Maaf Zulliana. Saya tak mahu kita sama-sama hampa kalau negative. Hehe. 

Saya tiba-tiba rasa saya ada tanda-tanda ini:
1. Sakit-sakit badan / pinggang (asyik-asyik nak mengeliat)
2. Sembelit (2,3 hari sekali masuk bilik termenung)
3. Perut seakan-akan masuk angin (tak pernah-pernah, tiba-tiba)
4. Cecair

Perkataan tersebut adalah dari laman ini. Saya inbox encik suami link laman tersebut dan senaraikan keempat-empat cirri diatas.

Encik suami: Apa benda tu
Cik Isteri: Yg sy tulis tu cm yg ad pd sy skrg
Encik Suami: Haha ok la tu mesti kembo ny yess.. Nti check doc yer
Cik Isteri: Hish merepek awk ni.
Encik Suami: Ngapa lak

Haha. Ok, itu SMS dari encik suami. Ayat penyata encik suami buat saya gelak seorang. ‘mesti kembo ny yess’. Haha. Kelakar pula rasanya encik suami. Kembar? Nenek saya – adik beradik mak saya ada yang kembar. Jadi, kononnya saya ni baka nenek yang bakal lahirkan anak kembar. Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal A’lamin. Siapa tahu kan. Rezeki dari Allah. Hehe.

InsyaAllah, saya pilih hari Jumaat nanti untuk periksa. Tak pasti samada sendiri atau terus jumpa doktor. Jujur, saya ada sedikit rasa takut. Huhu.

May 26, 2011

Hidup : Facebook Sebelum dan Selepas Kahwin

Assalammualaikum. Hai.

Selepas kahwin, saya cuba perhatikan reaksi kawan-kawan bila saya letak status yang pelik-pelik. Haha. Ok, sebenarnya bukan niat nak ‘kena’kan mereka tapi entah, hati saya nak sangat tengok tindak balas spontan mereka. Serius, comel kawan-kawan ku semua. Tetapi, semua status tersebut sudah saya padam untuk mengelakkan salah faham yang lebih panjang.

Status 1:

“pelam cicah garam”

Haha. Kalau sebelum kahwin dulu, tak ada orang peduli kita letak status makan masam-masam macam ni. Padahal kita memang suka makan benda masam-masam. Lagi-lagi saya, sangatlah suka makan pelam terutamnya yang dipanggil pelam pauh. Nyam3. Tengah menulis pun dah terliur apatah lagi kalau pelam ada didepan mata. Jadi, sudah tentu kawan-kawan/saudara-mara mula bertanya : dah mengidam ke? dah ada ke? dah berisi ke? 

Status 2:

“42 hari”

Hehe. Pada hari saya letak angka ini sebenarnya genap 42 hari kami bergelar suami isteri. Ada yang bertanya, kira hari apa. Bila disuruh meneka, jawapan mereka sudah tentu mengandung. Hihi. Itu belum lagi yang terus mengusik encik suami hebat sebab dah mengandung. Kononnya lah kan. Tapi saya masih tidak menjawab soalan mereka. Biarkan mereka berteka-teki sebab sekiranya saya sudah sah mengandung, saya akan maklumkan secara terang-terangan. InsyaAllah. 

Status 3:

“mengantuk. rasa nak cungkil biji mata. letih memanjang.”

Saya betul-betul rasa apa yang saya rasa. Ingatkan saya akan dapat nasihat atau tips untuk menghilangkan semua tu tetapi bakal-bakal ibu memberi pendapat dan nasihat: preggy kot. balik ni check mana tau mengandung. saya dulu macam tu, rasa nak tidur dan letih aje Alhamdulillah baik aje. Haha. Comel sungguh mereka. Tapi bukan bermakna saya tak peduli nasihat mereka. Tidak. Cuma takkan lah saya beria-ia jawab, baik! Haha.

Mak saya cakap, “eh. nak pelik apanya. kau dah kawen. memanglah.”

p/s :Walaupun saya rasa pelik, tapi saya tak kisah. Betul pun. 
Cuma kadang-kadang saya rasa menyampah. Eh, bukan menyampah. Saya rasa rimas. 
p/s: dup dap! dap dup! Esok penghulu segala hari, Jumaat. =)

May 23, 2011

Hidup : Teman Lelaki VS Suami

Assalammualaikum. Hai.

Sebelum bermula, saya nak bagi sedikit nasihat atau kata-kata semangat.

"BARANGSIAPA YANG BELUM KAHWIN, KAHWIN CEPAT"
.hahahahaha.

Sekiranya anda fikir sekarang anda bahagia bersama teman lelaki, yakinlah bahawa kebahagiaan itu berlipat-ganda bila bersama dengan suami. Semua yang sudah berumahtangga pasti angkat tangan tanda setuju dengan pernyataan ikhlas dari saya. Wink! Wink!

Bersama suami, kamu bebas mahu buat apa sahaja asalkan tidak mendatangkan aib terhadap diri dan pasangan ketika berada dikalangan orang ramai. Maksudnya, kamu dan suami ke shopping complex / supermarket / pasar malam; kamu bebas nak berpegang-tangan atau peluk-peluk pinggang tak peduli orang. Yes, it seems too over but that's the truth right? Seringkali kita dijamu dengan pemandangan yang sedemikian terutamanya di shopping complex. Tapi, bukan bermakna kamu boleh bercium-ciuman / berpeluk-pelukan dikhalayak ramai. Adat timur kita kena juga jaga. Islam pun tak suruh kamu bermanja-manja dihadapan khalayak. Mungkin sahaja orang akan rasa annoying melihat keletah kamu. Jadi, berpada-pada. Romantik itu boleh, tak salah. Nak lagi romantik, balik rumah. 

Ada suami, dia akan menemani kamu setiap masa. Sentiasa berada didepan mata. Pernah dulu mungkin kita fikir kita akan bosan asyik lihat muka suami kita. Bangun tidur, muka dia. Nak pergi mandi, muka dia. Breakfast, muka dia. Pergi kerja, muka dia. Lunch, muka dia. Balik kerja, muka dia. Dinner, muka dia. Nak tidur, muka dia. Dah tak ada tengok muka orang lain dah. Muka dia saja. Jadi, rugilah kamu yang angau bercinta asyik terbayang muka teman lelaki kamu dimana-mana. Kahwin, kamu bukan terbayang tapi memang sudah ada didepan mata. Buat apa yang kamu suka. Haha. Eh, tak bosan tau. Cuma kamu kena pelbagaikan sedikit rentak dalam hubungan. Hehe.

Pergilah kemana-mana kamu mahu bersama suami. Nak dating belakang rumah banglo kosong / semak / dalam hutan? Silakan. Tak ada orang ganggu kecuali sang ular / lipan / kala jengking yang cemburu kamu dating. Tapi nak buat apa pun dating kat tempat bahaya mcam tu kan? Then, kalau nak duduk rumah tumpangan yang selalu kena serbu Jabatan Agama pun boleh. Mungkin kamu nak tahu macam mana rasanya duduk rumah tumpangan yang selalu kena serbu atau mungkin saja nak test Jabatan Agama. Tapi, kamu mestilah nak duduk hotel 5 bintang kan? Alang-alang nak duduk hotel, bulan madu sekali kan? Hihi. 

Sebenarnya, ada BANYAK tapi saya cuma bagi SIKIT hint. Mahu tahu lebih, kahwinlah. Haha. Tetapi, pesanan ini cuma buat mereka yang dah mampu dan tidak termasuk mereka yang masih bersekolah. Tak kira budak sekolah rendah ke menengah ke. Kolej dan Universiti juga tak terkecuali. Ok, bye!

p/s : bahagia yang berlipat ganda dek kerana hubungan yang sah (menjadikan kita halal antara satu sama lain), dirahmati dan diberkati oleh Allah. InsyaAllah.

May 19, 2011

Dapur: Kek Batik

Assalammualaikum. Hai.

Entah malam bila, saya jadi rajin untuk masak. Almost in the middle of the night, I done with the cake. Ahaks! Of course bukanlah kek yang perlu guna kaedah kukus mahupun bakar. Pengukus tak ada, oven pun tak ada lagi. =___=' Masak kek yang ringkas pun ok. Nasib baik rajin, kalau tidak kena tunggu pasar malam baru boleh merasa. Hihi. Actually, it was my first time. Bukan first time buat kek tapi first time buat kek batik. Haha. Ok2 fine! Saya memang kecoh! Setakat masak kek budak tadika pun boleh buat kan? =P

Taraaa!
=____='

Sudahlah wajahnya tak berapa nak elok, kualiti gambar pun tak elok = teruk! teruk! teruk! Tapi apa ada pada rupa sebab yang penting SEDAP. Haha. Siapa lagi nak puji diri sendiri kalau bukan diri sendiri kan? Hehe. Bawa sikit ke rumah mak mertua sebab bagi dekat budak kebal a.k.a budak gendut. Katanya, "kak yatie, tak ada rasa milo sangat. tak best. buat tak payah letak kopi." =___=' Haish! Budak-budak part nak makan benda manis memang nombor 1. Padahal kakaknya letak kopi (nescafe sebenarnya) sebab nak naturalkan sedikit rasa manis. Huhu.

p/s :
Itu je? 
Yup! Itu sahaja. Takkan lah goreng telur mata, rebus maggie dan telur dadar nak letak juga kot. 
Haha. Ok then, bye!

Hidup : Ditinggalkan Suami

Assalammualaikum. Hai.

Pada mulanya, saya ingatkan saya akan berperasaan biasa-biasa sahaja bila encik suami tiada. Cuma mungkin bosan tak ada orang yang boleh diajak ber-hu-ha. Nak kata tak ada teman bergaduh, bertepuk, bertampar; tak kot sebab adik encik suami ada. Bolehlah buat belasah. Hehe. Kononnya seronok sebab boleh dating dengan Mr. Fujitsu, layan movie atau taip entri ke. Tapi, semuanya konon.

Hujung minggu lepas encik suami berpergian untuk Pertandingan Pengkisahan Pemimpin anjuran Kementerian Penerangan. Seakan kurang percaya encik suami turut serta. Hihi. Mahu atau tidak, perlu terima hakikat ditinggalkan buat sementara. Encik suami pergi berjuang katanya. Ecewah. Bermulanya kisah ditinggalkan pada awal pagi Sabtu, 14 Mei 2011. Kali pertama, ok. Kongsi sedikit perasaan ketika ditinggalkan. Hihi. Poyo je kan? Padahal, tak sampai 48 jam pun. =___='

Tengok encik suami bertolak bersama si 'kuda' putih, saya rasa macam ok lagi. Haruslah buat cool sebab mak dan ayah mentua pun ada diluar iring encik suami. Tak dapat den nak bermanjo-manjo sama suami eden aih. Haha. Masuk rumah layan internet dengan adik encik suami. Baru terhegeh-hegeh nak upload entri 100 penulis. Risau pula mak mertua nak masak tengahari sebab saya tak berapa tahu nak tolong apa didapur. T________T

Lepas tolong mak mertua masak (kacau2 je), kami tengok tv. Lepas Zohor, saya masuk bilik nak baca novel - tapi sebaliknya. Novel yang baca saya dari pukul 1.30 sampai 6 petang. Gila kan? =___=' Saya tak sedar langsung sebab malamnya layan The Sixth Sense sampai pukul 2 pagi. Huhu. Bangun-bangun, mak dan ayah mertua tengah siap-siap nak keluar. Saya pun siap-siap untuk pergi siapkan diri untuk tidur malam pula. Hihi. Lapar, saya makanlah dulu. Makan dengan pantas ok! Haha.

Bila malam tiba. Jeng! Jeng! Malam betul-betul menggamit nostalgia bersama suami. Haha. Muntahlah. Ada aku kesah? Hehe. Ok2. Saya tak nak duduk dalam bilik macam selalu, tak juga online. Layan tv bersama keluarga mertua. Nasib baik cerita best. Layan 2 terus. Masuk bilik, pusing kiri, pusing kanan. Pap! Tidur sampai pagi. Eh, malam tu encik suami telefon. Sangat seronok ok. Sebiji sama macam bercinta dulu-dulu. Jauh beratus batu. Ahaks! Tapi lagi extreme sekarang. Lalala.

Tengahari encik suami sampai rumah. Saya tengok dia, dia tengok saya. Senyum. Tiba-tiba jadi malu kucing.  Haha. Ok, bye!

p/s : masa bercinta, biarpun jauh beribu batu rasa rindu itu tak sama. sekarang, biarpun tak sampai 100km, hati rasa rindu yang teramat. nikmatnya kehidupan berumahtangga. dan lebih nikmat dan lebih bahagia bercinta selepas kahwin. bahagia. amin... 

May 16, 2011

Hidup : Hobi Baru

Assalammualaikum. Hai.

Cik Isteri : Awak, sejak dua menjak ni kita layan drama kan?
Encik Suami : Buat muka toye.
Cik Isteri : Pelik kan? Kite dah tua ke ye?
Encik Suami : Erm.
Cik Isteri : Kan? Kan?
Encik Suami : Kita nak tengok cerita apa pun. Bukan ada drama omputih.
Cik Isteri : =____='

Itulah dialog pasangan suami isteri yang sunyi duduk berdua. Haha. Realitinya, saya errr..kami sudah punya hobi baru iaitu menonton drama melayu. Sebenarnya saya tapi encik suami terikut-ikut. Kalau dulu dirumah mak ayah mentua beliau akan tengok National Geography, tapi sekarang beliau ikut rentak saya pula. Lagipun, National Geography asyik ulang benda yang sama. Sekarang pula drama melayu macam menarik minat hati, buat kami rasa nak tahu lagi. Gila drama, ok. 

Semuanya bermula sejak drama Cinta Antara Kita dan seterusnya sekarang Nora Elena yang disiarkan pada pukul 7 petang. Saya akan cuba pastikan saya akan sampai dirumah sebelum pukul 7. Kalau boleh, seawal yang mungkin supaya saya boleh siapkan makan malam sebelum drama bermula. Sup Sap Sui saja kan? Hihi. Kalau tak sempat pun yang penting, volume dikuatkan sedikit supaya saya boleh dengar dari dapur (nasib baik rumah kecik). Encik suami cakap, "hebat isteri aku, dengar pun cukup oh." Haha.

sumber : google

Kisah Alia (bawang putih), Dania (bawang merah) dan Jufri (putera raja). Gelaran dalam kurungan cuma rekaan semata-mata dari saya. Tapi betul kan? Mulut saya sudah tentu tak habis pot pet pot pet sampaikan encik suami cakap, "jangan emosi sangat, cerita." =___=' By the way, the ending was sucks ok. TAK SUKA! Geram betul pengakhiran yang tergantung. Entah apa yang difikirkan oleh si pengarah. Tak tau la pula kalau itu taktik mahu ada Cinta Antara Kita 2 kan?

sumber : google

Lepas Cinta Antara Kita, Nora Elena pula jadi pengganti. Pada mulanya tak mahu tengok sebab tak berapa minat dengan pelakonnya kecuali bakal suami tak jadi si Aaron. Tapi jalan ceritanya menarik. Ah sudah! Tak mahu ketinggalan dan encik suami pun sibuk tertunggu-tunggu. Jumaat lepas encik suami cakap, "tah apa2 je nora elena ni, jumaat dia tak der pulak." Haha. Tak sabar nak tunggu episod hari ini. Hehe. 

sumber : google

Malam ini ada Juvana dan sekali lagi tak sabar nak tunggu walaupun saya bising nyot nyet geram tengok drama ni. Ya, saya memang beremosi tapi geram  gila lah. Tak tahu nak cakap macam mana, kadang-kadang encik suami jadi mangsa kena belasah. Selalu kena pukul, kena cubit. Geram! Siapa yang tengok drama Juvana sama macam saya, mesti dia faham perasaan saya. Haha.

sumber : google

Dan seterusnya ialah malam esok, Asmara 2. Saya sangatlah adore dengan si Asmara sejak siri 1 lagi. Syok tengok cerita ni. Feeling habis. Semua perasaan ada. Konon nak encik suami macam si Asmara tapi tak adanya lah kan? Kalaulah ada encik-encik suami kawan-kawan saya macam si Asmara, fuh! Tak payahlah kau orang nak buat hal. Sangatlah bertuahnya kau orang. Satu lagi, lagu-lagu dia best. Menyayat hati. Haha. Dalam hati kan masih ada taman? ;)

Itulah antara hobi saya bersama suami. Ada hati nak beli monopoli ataupun any indoor games tapi rasanya nanti beli saja. Haha. Internet memang dah tak ada jadi bila idea ada memang tak dapatlah nak menulisnya. Jadi, aktiviti saya cuma tengok tv, kemas rumah sikit-sikit dan masak. Ada saja yang nak dimasak sebab tak senang kalau tak mengunyah. Habislah, gemuk. T_________T

p/s : hahaha. dah update untuk kamu zulliana. tak tau nak tulis apa dear...huhu...

May 11, 2011

Hidup : Ikan Siakap Tiga Rasa

Assalammualaikum. 
Hai!

Hujung minggu lepas sepatutnya encik suami pergi ke kem persatuan juruteknik komputer. Kami dah rancang, saya akan tinggal rumah mak ayah mentua. Walaupun tak berapa selesa tapi kena terima juga, kan? Tapi, saat-saat akhir encik suami tak pergi. Semestinya saya suka. Siapa yang suka kena tinggal? Ahaks!

Jumaat, selesai solat Asar perut saya tiba-tiba meragam. Tak semena-mena. Tak ada rasa nak buang angin langsung, apatah lagi nak buang air besar. Perut rasa kena cucuk-cucuk. Nak dijadikan cerita, kebetulan sebelum sembahyang saya minta encik suami masak. Bukan nak apa pun, saya teringin nak makan ikan bilis goreng. Haha. Nasi putih berlaukkan ikan bilis goreng. Best2!

Sangatlah terharu bila encik suami pang pung pang pung didapur siapkan lauk untuk isteri dia. Nasib baik si isteri tak mengidam lebih-lebih minta siakap tiga rasa ke, ayam masak merah ke, daging masak hitam. Saya minta ikan bilis goreng dan sup sayur. Nikmat sangat dapat makan sup. Nyum3. Orang kata dapat betis nak paha pula, minta lagi buatkan teh o panas. Hoho.

Hujung minggu tak ada buat apa, ke sana sini ikut encik suami cari spare part motosikal kesayangan. Nak ditinggalkan? Oh, tidak. Saya rela berhujan berpanas daripada jadi mati kutu. Sounds bad, right? Tapi encik suami pun ajak dan bawa saya,jadi pucuk dicita ulam mendatang. Kan?

Apa kena mengena dengan ikan tiga rasa? Sebenarnya tak ada apa, cuma entri ada beberapa kisah. Tak tahu nak letak tajuk apa. Haha. As requested by a best buddy, a picture of my house. Tak tau nak describe apa. Teaser kot ni. Haha.

May 5, 2011

Malam Ini Malam Jumaat

Assalammualaikum.
Hai.

Cik Isteri : 
Awak, saya nak durian. Bolehlah...

Encik Suami : 
Eh, janganlah...

Cik Isteri : 
Kenapa? 

Encik Suami : 
Lain kali lah. Nanti tak lekat..

Cik Isteri : 
Apa nya? Nanti dah habis musim..

Encik Suami : 
Orang kampung kata, durian walaupun sebiji panas. 
Dia memanglah kata tak panas. Tapi 'panas'.

Cik Isteri : 
Rezeki tu dari Allah..

Encik Suami : 
Yalah, kita kenalah juga elak apa yang patut..

Cik Isteri : 
..................................................

May 4, 2011

Lil' Life

Assalammualaikum. 
Hai.

Encik Suami : Saya sebenarnya tak nak tinggalkan awak seorang.
Cik Isteri : Hahaha.
Encik Suami : Tengok, saya cakap betul awak gelak. Bla3....

Hujung minggu ini dan minggu depan, encik suami akan berada diluar kawasan Ipoh. Beliau akan meninggalkan cik isteri dirumah mak dan ayah mentua. Tipulah kalau saya cakap saya tak ada rasa sebak, tak ada rasa gundah. Jauh bezanya zaman bercinta sebelum kahwin dengan selepas kahwin. Perasaan selepas kahwin ini lagi kuat. Moga-moga rasa cinta itu bertambah kuat juga. =)

Broadband:
Mungkin sahaja akan dihentikan buat selama-lamanya sebab kawasan rumah saya sangatlah menyakitkan hati. Bukanlah jauh sangat dari Pekan Ipoh tapi boleh pula tak ada 3G. Tak ke sengal? Sedangkan kampung ku nun jauh indah permai lagi ada 3G. Tak ada nak tunjuk warna hijau atau EDGE. Geram! Dan encik suami mula menyuarakan pendapat supaya dihentikan sahaja. Membazir. Mula-mula saya memberontak itu dan ini, tapi bila difikir balik - betul. Haha. Biasalahkan? Memilih untuk melatah terlebih dahulu. 

Kerja:
Musim kesibukan sudah bermula yang saya juga tidak pasti bila penghujungnya. Saya turut menerima tempias dan terpaksa memandang sepi pada fail-fail audit. Semoga ilmu yang diterima sebelum ini tidak akan pergi. Semuanya sebab saya sudah mula seronok buat audit. Sekarang, hati saya tidak senang dek kerana seorang makhluk yang seperti cacing kepanasan kalau tidak mengarah saya. Dia tak kenal lagi saya siapa, saya pernah melawan bos. Apatah lagi dia yang sekadar anak saudara bos. Cis!

Dan dia sebenarnya sudah cuba untuk menjerat saya. Tapi itu cuma dalam mimpi dia. Bos-bos saya tak marah saya pun sebab mereka tahu saya orang baru. Jadi, orang yang konon-konon ditugaskan untuk menyelia saya perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Dia tak selia saya dengan betul, jadi saya buat silap. Kan? Hehe. Kemenangan terasa disitu tapi perlu juga berjaga-jaga. Dalam pejabat ni, tak ada seorang pun yang pernah terlepas dari kena 'cucuk' oleh dia yang berhati busuk.


Menjawab pada soalan Zulliana : Ahaks! I belum lagilah U. Macam U juga kot. Harus fikir banyak hal. Tapi kalau Allah bagi rezeki, saya terima dengan lapang dada dan tangan terbuka. Hehe. 

Blog design by Rainy Day