Pages

Apr 15, 2011

Siapa Mahu Susah?

Assalammualaikum, Hai.

"belajar tinggi-tinggi, ada degree tapi kerja macam tu. gaji kecik."

Serius, saya rasa macam nak cili-cilikan orang yang suka bercakap membabi buta macam tu. Kenapa saya cakap membabi buta? Sebab dia main cakap saja. Tak guna otak. Tak mahu berfikir betul-betul sebelum nak bercakap. Geram. 

Tak ada seorang pun yang mahukan pulangan tak setimpal setelah berusaha untuk menggapai tangga teratas. Maksudnya, tak ada seorang graduan pun yang mahu gagal mencari pekerjaan yang setaraf / sesuai dengan ijazah yang dimiliki. TAK ADA. Kalau ada, graduan tersebut mesti cacat otak sebaik sahaja hari konvo dia berlangsung. Semua graduan berusaha untuk mencari kerja disana-sini yang sesuai dengan ijazahnya. Bukan suka-suka nak kerja biasa-biasa (kerja budak SPM).

Allah Maha Adil. Allah Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kami dan kami yakin serta pasti akan tiba masanya nanti. Tiba masa kami akan mendapat yang terbaik atau setimpal. Kami telah berusaha, kami berdoa dan kami tawakal. Janganlah kamu sesuka hati menunding jari kepada kami sambil berbisik itu dan ini. Sila kaji terlebih dahulu. Sila cermin diri sendiri. Sila pandang sekeliling. Selepas itu, kalau kamu mahu membeda-bedakan kami? Silakan. 

Baiklah, mahu tenangkan fikiran. Cemburu itu ada melihat kawan-kawan yang berjaya, jadi saya sudah berusaha. Cuma belum lagi rezeki saya. Allah sedang menguji saya, mendidik saya. Kita tunggu dan lihat. Saya bermula dari bawah, Allah mahu saya selami kehidupan / keadaan / situasi orang bawah sebelum saya bergelar orang atas. Haha. Amin..Amin..Amin..InsyaAllah. Walaubagaimanapun, saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Kenapa?

Walaupun pekerja lain mengalami tekanan yang teramat, saya boleh kawal sebab dulu saya pernah berdepan dengan keadaan yang lagi teruk. Keadaan sekarang sangatlah jauh panggang dari api berbanding kerja dahulu. Saya ada masa untuk keluarga iaitu suami saya. Hujung minggu yang tenang tanpa gangguan. Tapi tak dinafikan saya juga mahu yang lebih baik, lebih mencabar. Saya masih berusaha. Semoga dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin. 

2 comments

zuezul said...

Dear dayang,

It's ok,life always demand for BEST THINGS. tak perlu susah hati atau rase sedih,sebab rezeki tu sentiasa ada. cuma cepat atau lambata saje...miss u so much.

p/s

i pun dlu mcm u jugak..depressed aje bdepan ngan seme org yg begitu begini..tapi cool aje..just masuk telinga kanan keluar telinga kiri ok.

zue- malas log in

D Yatie said...

Zue,

i tak sedih pun but sometime geram je. rasa nak tenyeh2 je muka orang yg bercakap tu kat lantai *kejam*. padahal the don't even know what we're doing.

i mmg mls amik peduli pn. i'm not asking for money from them. they don't feed me at all. hoho.

haish. knp mls sgt ni? i nk bc entri dr u. story u.

Blog design by Rainy Day