Pages

Apr 7, 2011

Saya Dah Berisi?

Assalammualaikum. Hai.

12 days : sesuatu yang berbeza pada diri saya. Petang semalam, saya pening-pening. Kemudian rasa nak muntah-muntah dan pitam. Mood kacau tak tentu pasal, habis anak orang kena marah. Tengok encik suami cuci mesin basuh dan pinggan mangkuk untuk dibawa ke rumah sewa. Bila encik suami minta tolong sikit, mood baik terus hilang. Berkurung dalam bilik kemas-kemas baju. Mesin basuh pula berputar ligat. Pagi tadi, mood bersolek tinggi. Haha. Cuma sapu foundation ngan tempek bedak. Tak adalah bersolek mana. Kena tegur jugalah sebab hari ini saya berseri-seri. Haha. Bukan saya cakap ya, pakcik jual kuih dan seantero rakan sekerja. Hihi.

Dan menambahkan lagi keyakinan bila hari ini di pejabat, saya rasa kurang sihat. Susah mahu ditafsirkan. Buat kerja pun tak berapa senang dan tenang. Jiwa pula tak tenteram. Asyik keluar masuk tandas sampai letih. Kerja nak minum tak henti-henti. Selama ni makan tengahari bersulam teh ais, hari ini bersulamkan milo ais pula. Nak juga makan Nasi Goreng Ayam mamak. Tak nak ikut kawan-kawan pergi Tesco walhal sebelum ini pantang diajak. SMS encik suami dan mak bercerita itu ini. Masing-masing bagi pendapat dan nasihat. Sampai tergelak-gelak seorang baca SMS mereka. Bahagianya rasa.

<>


<>


<>


<>


<>


<>


<>


<>


<>


<>



<>


<>


<>


<>


<>


<>




Comelkan budak kecik dari google saya letak kat sini. Kan? Secomel kamu yang baca entri saya. Hihihi. Sebenarnya simptom diatas yang berkaitan dengan sakit-sakit ialah penangan makan burger daging kambing petang semalam. Huhu. Make up pula sebab saya tiba-tiba rajin. Berseri-seri? Cuma kombinasi warna baju dan tudung yang saya pakai nampak mengancam sedikit hari ini. Hahaha. SMS maak dan encik tunang kena tarbiah penjagaan kesihatan. Kena suruh pergi klinik dan minum air banyak-banyak. Itu yang tak seronok. Huhu.

~SMS 1~

Saya : Mak, orang macam ada hyper blood pressurelah sebab orang ada simptom2 tu. Orang makan burger daging kambing semalam.
Mak : Kamu makan macam-macam tak reti nak pilih. Pergi cepat-cepat cek klinik jangan sampai melarat.
Saya : Sebelum ni makan ok je. Eee..takut.
Mak : Eh, nak takut apa.

~SMS 2~

Saya : Awak saya kurang sihat lah. Betullah kot ada high blood pressure ni. Saya rasa semacam je.
Suami : Rehat..Minum air banyak-banyak..
Saya : Aah, tapi letih asyik ke toilet je.
Suami : Lekat kot. Hihi.
Saya : Merepek eh.
Suami : Haha.

~SMS 3~

Saya : Mak tau. Ada patut Lee cakap dah lekat. Ada-ada je dia tu.
Mak : Awal benar lah.
Saya : Tu la. Kalau kata ada pun tak adalah nak nampak awal sangat macam ni kan.
Mak : Kalau boleh, jangan nak cepat sangat. Mak rasa cam tak percaya je dengan kamu. Sakit sikit pun dah teruk, inikan pula nak beranak. Sedangkan kamu kahwin pun mak rasa tak percaya.
Saya : Haha. Kelakarlah baca mesej mak ni.
Mak : Yalah. Tah macam manalah keadaan kamu time mengandung.

Hahaha. Serius, SMS 2 dan SMS 3 buat saya gelak sorang. Encik suami dengan kenakalan beliau. Grrr. Dan mak dengan kerisauan beliau. Hehe. Comel-comel kesayangan saya. Nasib baik bapa tak pandai SMS macam mak. Kalau tidak, ada 3 SMS comel dari cinta-cinta saya. Muahaha.

p/s : petang ini tilam dan meja makan mini kami akan dihantar kerumah sewa. hoyeah! tak sabar mau tidur atas tilam baru. terima kasih encik suami. sayang kamu sangat-sangat.
p/s : saya tak suka cerita pasal sakit saya panjang-panjang, sebab saya sangat tak suka sakit. 

4 comments

zuezul said...

wah..jgn la potong line i..hehe..bdw,mane la tau kot2 lekat..kene la check jugak..hehehe..then,bole la share tips..haha

D Yatie said...

hahahaha...eh kamu~~~tb2 lak i nk check kan? pdhl masa bulan mengambang belum lagi. kah3. tak ada lah. tu penangan makan kambing ngan durian tak ingat dunia. huhuhu....

~fais~ said...

follow untuk tahu kisah seterusnya.

D Yatie said...

hehehe. terima kasih fais~~~ :)

Blog design by Rainy Day