Pages

Apr 11, 2011

Mereka Masih Anggap Saya Si Kecil

Assalammualaikum. Hai.

Siapa mereka? Hehe. Sambungan dari entri semalam, Saya Dah Berisi? Mereka ialah mak dan bapak kesayangan saya yang berada nun dikampung. Mereka masih kurang percaya akan saya. Tak percaya saya dah kahwin dan lagi tak percaya saya nak beranak. Hihi. Comel-comel mak dan bapak. Sudahlah kacak bergaya dan jelita rupawan. Rasa macam nak peluk mereka ketat-ketat. Sudahlah hari tu saya syok tidur dengan mak tinggal encik suami kat sebelah. Nasib baik mak kejut dan encik suami faham. =___='

Ya, saya akui saya sangat manja. Anak yang manja. Awek yang manja. Tunang yang manja. Dan isteri yang manja. Haha. Pengakuan ikhlas yang jarang sekali berlaku. Atas sebab itu mak tak berapa percaya saya nak kahwin dan dah kahwin sekarang. Lagi dia tak percaya kalau saya nak beranak. Hihi. Sebab itu saya nak beranak di Sarawak sebab ada mak, bapak, nenek dan mak serta bapak saudara yang akan layan saya seperti puteri raja. Weee! Dulu sakit sikit bapak dah bawa balik. Peduli apa dengan peraturan asrama. Anak yang merengek-rengek sakit itu lebih penting. Hahaha.

Dan sebenarnya, saya  masih cuba untuk menyesuaikan diri. Adapting myself in this new phase of life. Dulu saya sudah bersedia dan sekarang saya sedang dalam proses penyesuaian. Yalah, bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru dan secara peribadi kita mahu memberikan kesempurnaan buat insan yang kita cinta. Tak dinafikan ada sahaja kepincangan yang dibuat. Semoga dipermudahkan olehNya segala urusan. :)

p/s : kecewa sedikit sebab tak pindah lagi. sedih.

2 comments

aiza aidir said...

Sabar Yatie...jgn sedih2 sbb perkara x jadi pindah lagi..fikirkan kebahagiaan yang mula dirasa...hehe

D Yatie said...

hehehe...terkuciwa sedikit nor...hehehe...tp itulah, kita merancang Allah yang menentukan.. kan? :)

Blog design by Rainy Day