Pages

Apr 19, 2011

Family Plan

Assalammualaikum. Hai.

Sebelum kahwin : "bila nak kahwin?"

Selepas kahwin : "merancang ke?"

Jujur, saya kurang gemar dengan soalan-soalan tersebut. Letih mahu menjawab dan kadang-kadang tak sempat nak jawab (selepas) sebab mereka memilih untuk memberi nasihat yang panjang lebar. Jadi, saya cuma mampu senyum dan tepuk dahi. Walaupun tak tahu nak bagi jawapan apa, tetapi saya lebih suka untuk senyum dan menjawab apa yang dirasakan sesuai. Sebenarnya, saya jadi mati kutu jadi jawapan sesuai bagi saya ialah - entah. Haha.

Ya, kami merancang. Cuma kami serahkan segalanya pada Allah SWT. Kami bukanlah merancang secara serius habis. Kami cuma serahkan kepada-Nya. Saya yakin Allah akan menganugerahkan kami cahayamata apabila dia tahu kami mampu dan bersedia. Mampu dan bersedia untuk berdepan dengan segala dugaan, cabaran dan ujian dari Nya hari demi hari. Yalah, kehidupan kita memerlukan kekuatan, ketabahan, kecekalan dan kesabaran. Itu kunci dalam kehidupan, kan?

Antara nasihat yang diberikan ialah "kalau merancang, jangan ambil ubat tau. rancang sendiri." Tipu kalau saya cakap saya tak segan, tak merah pipi, tak malu. Saya rasa macam 'eh malunya. ya Allah, janganlah tanya straight to the point sangat. aku baru beberapa minggu kahwin.' Bak kata Zulliana, bagilah chance kami berbulan madu dulu. Haha. Sebenarnya, beberapa orang kawan yang kahwin hujung tahun lepas dah mengandung. Teruja juga saya. Hehe.

Ok lah, jawapan saya : Sekiranya Allah mengurniakan kami anugerah terindah dalam masa terdekat ini, kami terima dengan hati yang terbuka. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Andai sebaliknya, maka kami akan terus berusaha, berdoa dan tawakal. InsyaAllah. Rezeki dari Allah, kita sama-sama nantikan. Senyum! :)


6 comments

zuezul said...

Kan..........i pun mcm u...sane sini pergi mesti org duk tanye,da ade ke..pastu i yg mcm segan sipu malu nie pun buat2 la mcm bodo bangang kan..tak faham..ckp..ade ape..ade jerawat eh?hehehe

mcm nie je bagi i..
- life is easy,easy go easy come.kalau ade rezeki tu adelah, sbb Allah lagi mengetahui kemampuan seseorang hambaNya. Sebaik2 perancang adalah Dia, kita hanya mampu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan aje..da usaha,kalau ade hasil alhamdulillah..tak ade,jgn putus asa,terus berusaha...just think positively, DIA bagi kita chance nak kenal,manja dan bersama partner kite dlu...kan...

aiza aidir said...

Jadi seorang perempuan,xkan lari dari persoalan yatie...Kadang2 rasa letih nak menjawab tapi kena jawab juga kan...

D Yatie said...

@ zue, wow! love u lah zue. mmg mcm kembar lah. fikiran and pendapat sama. wee! tau takpe. Allah knows better. so, to all people just wat bodoh je. hehe.

D Yatie said...

@ aiza, hehe...aah...kita kena jawab tapi macam yatie cakap kat entri lah, sometime the best answer is just 'entah'..hehe...

zuezul said...

kan...tak yah cakap u la..kekadang i pun nek nak keluar taik telinga dengar dorang ckap and tanye..tapi tu la kan...just senyum and last2 dorang diam la..hehe..

lagi parah kalau duk tanye dgn soalan mcm nie.."eh,aku tgk ko ngan laki ko subur je,asal lambat sgt dapat anak..tgk aku..trus berjaya..come on..korang tak pandai nie.."

apekess???? nak suruh kitorang tgk ke aksi yg 'berjaya' die buat tu..kitorang on je..hahaha

D Yatie said...

hahahaha. u ni kan noks!

tah apa2 je kan sampai nak compare segala. rezeki tu dari Allah, nak kata apa. nak buat macam mana. bukan masalah pandai tak pandai. entah kita memang merancang ke. apa dia tau. tapi tu la, mulut manusia. ;)

hahahaha...i tak mau noks...tak rela i mau tgk aksi 'berjaya' or 'tak berjaya' orang lain...tak rela...tak rela...hahahahahahaha...

Blog design by Rainy Day