April 23, 2011

Trust In Allah

Assalammualaikum, Hai.

TRUST IN ALLAH

Sumber : I Luv Islam

Seringkali kita berdepan dengan ujian dari Allah SWT. Adakalanya kita menjadi sangat lemah hingga membuatkan kita seakan-akan mahu rebah dan tewas. Ada juga yang menyalahkan takdir / qada' & qadar seolah-olah tidak mahu menerima = tidak redha. Dan atas sebab itu, kini sering kita dengar akan hal-hal bunuh diri serta hilang kewarasan. Apa silapnya?

Tepuk dada, tanya iman.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya, jika Allah SWT mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah SWT."

April 21, 2011

1 + 1 = 3 ;)

Assalammualaikum.
Hai.

Ini kisah Mac  2011. 
Dua insan disatukan dengan lafaz ijab dan kabul. 
Saling mengenali sejak tiga tahun lepas dan pada 25 Mac 2011, 
genap setahun mereka membina ikatan pertunangan yang juga diakhiri dengan pernikahan. 

"SOMETIMES, WHEN YOU LEAST EXPECTED IT, LOVES HAPPEN"

Love this expression. 
Seems like we were damn tired to pose in front of cameras. 
 I love this too.
It shows that I'll follow him forever.

Those single photos were taken at night on 25th.
Unplanned and unexpected.
Prepared by two of our villagers.
I've been forced and I'm so nervous.
Till I couldn't make perfect smile.
My mum said,
"Hajat orang tua, kamu kena tunaikan."
"Dia nak sangat tengok kamu berlulut."
FYI, berlulut = majlis berinai.
Then, I just AKUR.

 Jubah/robe from Mecca.
She bought it during her Hadj.
That was her wish.
I wore her jubah.
A daughter of my mum's friend just married.
She took her daughter's dress.
And cladding me with it.

Pictures below were not taken by our OP.
My friend's BF took them.
Accompanied by three of my friends.
SHY!

The 'aura' was there.
LOL!
Love this picture so much.
It figures how happy we were.
You're my husband.
I'm your wife.

Apakah?
InsyaAllah.

April 19, 2011

Family Plan

Assalammualaikum. Hai.

Sebelum kahwin : "bila nak kahwin?"

Selepas kahwin : "merancang ke?"

Jujur, saya kurang gemar dengan soalan-soalan tersebut. Letih mahu menjawab dan kadang-kadang tak sempat nak jawab (selepas) sebab mereka memilih untuk memberi nasihat yang panjang lebar. Jadi, saya cuma mampu senyum dan tepuk dahi. Walaupun tak tahu nak bagi jawapan apa, tetapi saya lebih suka untuk senyum dan menjawab apa yang dirasakan sesuai. Sebenarnya, saya jadi mati kutu jadi jawapan sesuai bagi saya ialah - entah. Haha.

Ya, kami merancang. Cuma kami serahkan segalanya pada Allah SWT. Kami bukanlah merancang secara serius habis. Kami cuma serahkan kepada-Nya. Saya yakin Allah akan menganugerahkan kami cahayamata apabila dia tahu kami mampu dan bersedia. Mampu dan bersedia untuk berdepan dengan segala dugaan, cabaran dan ujian dari Nya hari demi hari. Yalah, kehidupan kita memerlukan kekuatan, ketabahan, kecekalan dan kesabaran. Itu kunci dalam kehidupan, kan?

Antara nasihat yang diberikan ialah "kalau merancang, jangan ambil ubat tau. rancang sendiri." Tipu kalau saya cakap saya tak segan, tak merah pipi, tak malu. Saya rasa macam 'eh malunya. ya Allah, janganlah tanya straight to the point sangat. aku baru beberapa minggu kahwin.' Bak kata Zulliana, bagilah chance kami berbulan madu dulu. Haha. Sebenarnya, beberapa orang kawan yang kahwin hujung tahun lepas dah mengandung. Teruja juga saya. Hehe.

Ok lah, jawapan saya : Sekiranya Allah mengurniakan kami anugerah terindah dalam masa terdekat ini, kami terima dengan hati yang terbuka. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Andai sebaliknya, maka kami akan terus berusaha, berdoa dan tawakal. InsyaAllah. Rezeki dari Allah, kita sama-sama nantikan. Senyum! :)


Sushi Oh Sushi

Assalammualaikum. Hai.

Sushi? Hehe. Zulliana! I dah makan sushi sekarang dan for the time being, I’m crazy with them. Macam dah terbiasa pula bila ke Tesco / Jusco, pergi merembat beberapa pieces sushi kegemaran. Tambah-tambah lagi encik suami rajin nak melayan (sebenarnya, nak tumpang sekaki dua kaki). I was like ‘eh, nak yang tu. yang tu pun nak. macam sedap je.’

Fine! Jangan nak kutuk-kutuk saya okay. Yes, saya memang kampungan sebab tu dulu rasa makanan-makanan luar tak kena langsung dengan tekak saya. Dan boleh pula rasa mahu muntah bila rasa makanan bernama sushi. Bau pun tak boleh tahan sangat. Saya jadi berlagak gila tak makan makanan orang luar ni. Buat muka euuwww. Haha. 

By the way, how does it begin? Kisahnya, saya sangatlah mencemburui encik suami yang selalu makan sushi dan saya tak ada benda nak makan. Dan buat kali kedua saya mencuba (pertama kali dulu saya rasa nak muntah), saya gagahkan diri untuk menikmati. Tekak tak terus menerima dengan mudahnya. Terus mencuba beberapa hari. 

Haha. Finally, beginilah jadinya saya yang tak boleh singgah Tesco & Jusco. Saya sangat menggemari yang oren-oren bulat-bulat kecil tu. Haha. Tak tahu nama, Zulliana dan encik suami cakap itu telur. Ngee. Then, tuna dan corn. Itu sahaja. Yang lain, tak lalu pula teman nengoknya. Kecuali yang ada sayur-sayur tu. Layan juga kadang-kadang.

Sumber : Google

Kalaulah saya didepan rak ini sekarang, pasti saya akan jadi 'gila' pilih sushi mana mahu dirembat. 
Dan bukan nak satu je, nak lebih.
=___='

April 17, 2011

Terlambat Dua Hari

Assalammualaikum. Hai.

13 April 2008
awak pakwe dan saya awek

13 April 2009
ulangtahun pertama

25 Mac 2010
awak tunang saya dan saya tunang awak

13 April 2010
ulangtahun kedua

25 Mac 2011
awak suami dan saya isteri

13 April 2011
ulangtahun ketiga

Ulangtahun ketiga, kami sudah berumahtangga. Terlepas dua hari dek kerana kesibukan dalam persiapan hidup berdua. Sesungguhnya, saya bahagia. Bahagia dan bersyukur dengan apa yang saya miliki. Semoga kami akan terus sabar, tabah dan cekal dalam menjalani kehidupan yang masih panjang ini. Semoga diberikan kekuatan olehNya dalam menempuhi sebarang dugaan dan cabaran. Doa saya, semoga kami akan tidak pernah putus berusaha untuk mencari kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.

p/s : kesibukan kian terasa. :)

April 15, 2011

Siapa Mahu Susah?

Assalammualaikum, Hai.

"belajar tinggi-tinggi, ada degree tapi kerja macam tu. gaji kecik."

Serius, saya rasa macam nak cili-cilikan orang yang suka bercakap membabi buta macam tu. Kenapa saya cakap membabi buta? Sebab dia main cakap saja. Tak guna otak. Tak mahu berfikir betul-betul sebelum nak bercakap. Geram. 

Tak ada seorang pun yang mahukan pulangan tak setimpal setelah berusaha untuk menggapai tangga teratas. Maksudnya, tak ada seorang graduan pun yang mahu gagal mencari pekerjaan yang setaraf / sesuai dengan ijazah yang dimiliki. TAK ADA. Kalau ada, graduan tersebut mesti cacat otak sebaik sahaja hari konvo dia berlangsung. Semua graduan berusaha untuk mencari kerja disana-sini yang sesuai dengan ijazahnya. Bukan suka-suka nak kerja biasa-biasa (kerja budak SPM).

Allah Maha Adil. Allah Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kami dan kami yakin serta pasti akan tiba masanya nanti. Tiba masa kami akan mendapat yang terbaik atau setimpal. Kami telah berusaha, kami berdoa dan kami tawakal. Janganlah kamu sesuka hati menunding jari kepada kami sambil berbisik itu dan ini. Sila kaji terlebih dahulu. Sila cermin diri sendiri. Sila pandang sekeliling. Selepas itu, kalau kamu mahu membeda-bedakan kami? Silakan. 

Baiklah, mahu tenangkan fikiran. Cemburu itu ada melihat kawan-kawan yang berjaya, jadi saya sudah berusaha. Cuma belum lagi rezeki saya. Allah sedang menguji saya, mendidik saya. Kita tunggu dan lihat. Saya bermula dari bawah, Allah mahu saya selami kehidupan / keadaan / situasi orang bawah sebelum saya bergelar orang atas. Haha. Amin..Amin..Amin..InsyaAllah. Walaubagaimanapun, saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Kenapa?

Walaupun pekerja lain mengalami tekanan yang teramat, saya boleh kawal sebab dulu saya pernah berdepan dengan keadaan yang lagi teruk. Keadaan sekarang sangatlah jauh panggang dari api berbanding kerja dahulu. Saya ada masa untuk keluarga iaitu suami saya. Hujung minggu yang tenang tanpa gangguan. Tapi tak dinafikan saya juga mahu yang lebih baik, lebih mencabar. Saya masih berusaha. Semoga dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin. 

April 11, 2011

Mereka Masih Anggap Saya Si Kecil

Assalammualaikum. Hai.

Siapa mereka? Hehe. Sambungan dari entri semalam, Saya Dah Berisi? Mereka ialah mak dan bapak kesayangan saya yang berada nun dikampung. Mereka masih kurang percaya akan saya. Tak percaya saya dah kahwin dan lagi tak percaya saya nak beranak. Hihi. Comel-comel mak dan bapak. Sudahlah kacak bergaya dan jelita rupawan. Rasa macam nak peluk mereka ketat-ketat. Sudahlah hari tu saya syok tidur dengan mak tinggal encik suami kat sebelah. Nasib baik mak kejut dan encik suami faham. =___='

Ya, saya akui saya sangat manja. Anak yang manja. Awek yang manja. Tunang yang manja. Dan isteri yang manja. Haha. Pengakuan ikhlas yang jarang sekali berlaku. Atas sebab itu mak tak berapa percaya saya nak kahwin dan dah kahwin sekarang. Lagi dia tak percaya kalau saya nak beranak. Hihi. Sebab itu saya nak beranak di Sarawak sebab ada mak, bapak, nenek dan mak serta bapak saudara yang akan layan saya seperti puteri raja. Weee! Dulu sakit sikit bapak dah bawa balik. Peduli apa dengan peraturan asrama. Anak yang merengek-rengek sakit itu lebih penting. Hahaha.

Dan sebenarnya, saya  masih cuba untuk menyesuaikan diri. Adapting myself in this new phase of life. Dulu saya sudah bersedia dan sekarang saya sedang dalam proses penyesuaian. Yalah, bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru dan secara peribadi kita mahu memberikan kesempurnaan buat insan yang kita cinta. Tak dinafikan ada sahaja kepincangan yang dibuat. Semoga dipermudahkan olehNya segala urusan. :)

p/s : kecewa sedikit sebab tak pindah lagi. sedih.

April 7, 2011

Saya Dah Berisi?

Assalammualaikum. Hai.

12 days : sesuatu yang berbeza pada diri saya. Petang semalam, saya pening-pening. Kemudian rasa nak muntah-muntah dan pitam. Mood kacau tak tentu pasal, habis anak orang kena marah. Tengok encik suami cuci mesin basuh dan pinggan mangkuk untuk dibawa ke rumah sewa. Bila encik suami minta tolong sikit, mood baik terus hilang. Berkurung dalam bilik kemas-kemas baju. Mesin basuh pula berputar ligat. Pagi tadi, mood bersolek tinggi. Haha. Cuma sapu foundation ngan tempek bedak. Tak adalah bersolek mana. Kena tegur jugalah sebab hari ini saya berseri-seri. Haha. Bukan saya cakap ya, pakcik jual kuih dan seantero rakan sekerja. Hihi.

Dan menambahkan lagi keyakinan bila hari ini di pejabat, saya rasa kurang sihat. Susah mahu ditafsirkan. Buat kerja pun tak berapa senang dan tenang. Jiwa pula tak tenteram. Asyik keluar masuk tandas sampai letih. Kerja nak minum tak henti-henti. Selama ni makan tengahari bersulam teh ais, hari ini bersulamkan milo ais pula. Nak juga makan Nasi Goreng Ayam mamak. Tak nak ikut kawan-kawan pergi Tesco walhal sebelum ini pantang diajak. SMS encik suami dan mak bercerita itu ini. Masing-masing bagi pendapat dan nasihat. Sampai tergelak-gelak seorang baca SMS mereka. Bahagianya rasa.

<>


<>


<>


<>


<>


<>


<>


<>


<>


<>



<>


<>


<>


<>


<>


<>




Comelkan budak kecik dari google saya letak kat sini. Kan? Secomel kamu yang baca entri saya. Hihihi. Sebenarnya simptom diatas yang berkaitan dengan sakit-sakit ialah penangan makan burger daging kambing petang semalam. Huhu. Make up pula sebab saya tiba-tiba rajin. Berseri-seri? Cuma kombinasi warna baju dan tudung yang saya pakai nampak mengancam sedikit hari ini. Hahaha. SMS maak dan encik tunang kena tarbiah penjagaan kesihatan. Kena suruh pergi klinik dan minum air banyak-banyak. Itu yang tak seronok. Huhu.

~SMS 1~

Saya : Mak, orang macam ada hyper blood pressurelah sebab orang ada simptom2 tu. Orang makan burger daging kambing semalam.
Mak : Kamu makan macam-macam tak reti nak pilih. Pergi cepat-cepat cek klinik jangan sampai melarat.
Saya : Sebelum ni makan ok je. Eee..takut.
Mak : Eh, nak takut apa.

~SMS 2~

Saya : Awak saya kurang sihat lah. Betullah kot ada high blood pressure ni. Saya rasa semacam je.
Suami : Rehat..Minum air banyak-banyak..
Saya : Aah, tapi letih asyik ke toilet je.
Suami : Lekat kot. Hihi.
Saya : Merepek eh.
Suami : Haha.

~SMS 3~

Saya : Mak tau. Ada patut Lee cakap dah lekat. Ada-ada je dia tu.
Mak : Awal benar lah.
Saya : Tu la. Kalau kata ada pun tak adalah nak nampak awal sangat macam ni kan.
Mak : Kalau boleh, jangan nak cepat sangat. Mak rasa cam tak percaya je dengan kamu. Sakit sikit pun dah teruk, inikan pula nak beranak. Sedangkan kamu kahwin pun mak rasa tak percaya.
Saya : Haha. Kelakarlah baca mesej mak ni.
Mak : Yalah. Tah macam manalah keadaan kamu time mengandung.

Hahaha. Serius, SMS 2 dan SMS 3 buat saya gelak sorang. Encik suami dengan kenakalan beliau. Grrr. Dan mak dengan kerisauan beliau. Hehe. Comel-comel kesayangan saya. Nasib baik bapa tak pandai SMS macam mak. Kalau tidak, ada 3 SMS comel dari cinta-cinta saya. Muahaha.

p/s : petang ini tilam dan meja makan mini kami akan dihantar kerumah sewa. hoyeah! tak sabar mau tidur atas tilam baru. terima kasih encik suami. sayang kamu sangat-sangat.
p/s : saya tak suka cerita pasal sakit saya panjang-panjang, sebab saya sangat tak suka sakit. 

April 6, 2011

Kau Bukan Kepunyaan Ku Lagi

Assalammualaikum. Hai.

Berkahwin bermakna emak dan bapak bukan lagi berada pada tempat teratas keutamaan. Terima kasih Zulliana kerana sering juga mengingatkan saya. Saya tahu dan kaum hawa semuanya pasti juga tahu. Cuma, secara peribadi saya seakan-akan tidak sampai hati untuk meletakkan mereka pada aras kedua. Walaupun saya tahu mereka tahu dan sangat memahami. Saya mengkhuatiri kemampuan diri untuk terus memikul tanggungjawab sebagai Kak Long selain seorang isteri.

Sebaik sahaja kami balik Perak, mak dan bapak kerap benar SMS atau call. Tanya itu, tanya ini. Siap tolong kejutkan masa Subuh. Comel mak dan bapak. Siap SMS encik suami bertanya dah bangun ke belum. Dek kerana pelik dan juga rasa kelakar saya bertanya, "pelik ah mak bapak asyik SMS tanya orang macam-macam. kekok je rasa." Mak jawab, "kami risaukan kamu." Bergenang air mata saya membayangkan wajah mak dan bapak kesayangan saya. Rasa mahu menangis disitu juga tapi malangnya kami sedang membeli-belah di Jusco.

Pada hari kami nak balik Ipoh, salam dan cium mak. Menangis. Kali ini, saya pergi dengan rasa hati yang sangat sarat dengan kesedihan / kesuraman. Ya, saya pergi. Sebab tanahair saya adalah Sarawak. Saya cuma pergi Ipoh, bukan balik Ipoh. Saya pasti akan balik cuma mungkin tak macam dulu. Mak menangis sambil cakap, "sekarang yatie pergi sebagai isteri. kalau dulu boleh balik sesuka hati. sekarang tak sama." Hancur luluh hati saya dengar kata-kata mak. Bapak call, saya bising-bising cakap bapak tak nak cium saya betul-betul. Kemudian bapak cakap, "yatie dah milik orang. bukan bapak punya lagi."

Damn ah! Sekarang pun saya sedih. Saya tak boleh ingat dialog-dialog ini. Mudah benar bagi saya untuk mengalirkan air mata. Mak, bapak. Walaupun Kak Long dah kahwin, tapi Kak Long tetap ber'binti'kan nama bapak dan mak dunia akhirat. Mak yang melahirkan dan menyusukan Kak Long. Bapak yang mendidik dan membesarkan Kak Long. Tiada apa yang berubah. Cuma tanggungjawab sahaja Kak Long perlu melebihkan suami. Syurga seorang isteri adalah pada suami. Kak Long tahu mak dan bapak sentiasa mendoakan Kak Long.

Perginya meninggalkan anda
Bukan bermakna selamanya
Melainkan dijemput Maha Pencipta
Ku pasti akan kembali jua

Dari kejauhan aku berdoa
Agar seisi keluarga sihat sejahtera
Kehidupan kekal aman bahagia
DiredhaiNya setiap masa

April 4, 2011

Alhamdulillah, DipermudahkanNya

Assalammualaikum, Hai.

Ramai yang tanya, "mana lagi gambar kawen?" Saya pun, budget artis cakap tunggu...kononlah orang ternanti-nanti. Haha. InsyaAllah, sampai masa saya akan upload gambar-gambar saya yang macam artis popular. Haha.

25 Mac 2011, hati saya berdegup lebih kencang daripada biasa. Tetapi, agak melucukan bila saya masih lagi berjalan-jalan (tidak berkurung didalam rumah) ke daerah sebelah untuk membeli tomato pes, lengkuas dan cili merah. Haha. Kebetulan terjumpa dengan salah seorang bapa saudara jauh-jauhan, isterinya bertanya "eh, ni pengantin kan?" Tersengih-sengih saya menjawab ya. Haha. Dengan nada terkejut serta kagum agaknya, "ya Rabbi, masih berjalan. pengantin sepatutnya duduk rumah." Saya cuma mampu ketawa dan dalam hati berkata, 'ini pengantin zaman moden'. Hihi.

Dan buat tambah perisa jenaka dihari pernikahan, mak dan bapa suruh hidangkan makanan untuk beberapa orang ahli keluarga encik suami. Haha. Mak bapak saya sebenarnya tidak begitu kampungan. Adat semua tidak begitu diambil kira cuma perkara yang dirasakannya perlu sahaja patut dibuat. Contohnya, bersanding. Kalau setakat perintah berkurung, mereka tak hairan. Kurang kaki tangan kalau saya berkurung. Hihi. Kemudian bergegas ke rumah nenek untuk pasang inai express. Inai express sudah. Kelam kabut lah juga. 

Proses akad nikah amat mudah. Tapi persediaan untuk hari tersebut mengambil masa berbulan-bulan. Dengan sekali lafaz dari encik suami dan 3 kali ulang dari Tok Kadi, akhirnya saya memegang status isteri. Isteri kepada Encik Suami. Pelik Tok Kadi ulang 3 kali? Haha. Ye, Tok Kadi yang gelabah pada hari kejadian. Pada mulanya beliau salah sebut nama encik suami kemudian nama saya juga dia 'bin' kan. Kali kedua, dia tergelak sendiri mengenangkan kesalahan beliau agaknya jadi beliau ketawa. Dan kali ketiga, barulah SAH. Alhamdulillah.;)

Terima kasih sahabat saya Amiruniza yang sanggup 'berjuang' demi majlis ini. InsyaAllah, akan ku berjuang jua pada majlis mu nanti. Suryani juga yang sudi meluangkan masa untuk berada disisi ketika ijab dan kabul. Ya sahabat sekalian, kehadiran kamu semua membuatkan saya terharu. Kamu teman sepermainan ku, dan kamu disisi ketika aku menghabiskan detik-detik bujang. Sayang kamu semua. Sulia kalau bukan kerana tugas yang langsung tidak dapat dielakkan pasti dia juga berada disisi. Namun, sangat terharu dia terus ke rumah dari tempat kerja. Terima kasih sahabat sekalian.

One For You.
;)

Blog design by Rainy Day