Pages

Dec 29, 2011

Hidup : Air Asia's Staff Ruined Our Last Day

Assalammualaikum. Hai.

Hampir dua minggu bertapa di kampung halaman. Hari-hari menulis tetapi tidak di ‘publish’ dan tersimpan dalam ‘draft’. Seolah-olah ada sahaja yang tidak kena dan tidak menepati citarasa. Ecewah. Walhal, saya memang seorang yang sangat tidak produktif. Malas? Tak juga. Sebab hari-hari saya ada menaip, tapi tak tetap tersimpan dalam ‘draft’. Sibuk? Lagi tidak. Sebab saya ada ramai kecintaan yang akan menyediakan santapan pagi, tengahari dan malam. Itu belum lagi ekstra santapan selingan setiap hari. Apa yang saya buat? Tidur. Bangun. Makan. Santai. Facebook. Blogwalking. Reading. Reciting. Tak bersenam / berjalan? Tak. Tak. Saya mengaku saya sangat malas untuk itu. Haish! 

Walaupun dah basi tapi nak bingkiskan juga disini. Isk. Isk. Isk. Kisah kejadian 11 Disember 2011 yang telah dihancurkan oleh dua orang pekerja Air Asia yang tidak menyenangkan hati.

Seawal 7 pagi, saya dan encik suami sudah berada di Stesen Bas Medan Gopeng bersama ayah mertua. Kami setia menanti bas Plusliner yang dijadualkan bergerak pada pukul 7.30 pagi. Jujur, pagi itu saya tidak sabar-sabar mahu masuk ke dalam perut bas dan memulakan perjalanan. Bukan kerana tidak sabar untuk terbang balik ke Sarawak apatah lagi mahu meninggalkan encik suami, tetapi, saya mahu beradu. Sepanjang hampir 3 jam perjalanan dari Ipoh ke KL, saya cuma terbangun beberapa kali dan akhirnya dikejutkan encik suami dengan berkata, “sudah-sudah lah tidur tu”. Huhu.

Pada mulanya, saya merancang untuk berjalan-jalan di sekitar KL sebelum menuju ke LCCT. Encik suami tidak begitu setuju mengenangkan kesesakan yang mungkin akan dilalui walaupun naik LRT. Akhirnya, kami memilih untuk berehat di Food Court KL Sentral sambil mengisi perut dengan Nasi Ayam untuk encik suami dan Nasi Lemak untuk cik isteri. Hampir dua jam duduk menyemak di situ, kami keluar dan berhenti di tengah-tengah ‘jambatan’. Kebetulan adanya ujibakat Pilih Kasih yang diadili oleh Erra Fazira. Subhanallah, antara ciptaan Allah yang sangat cantik. Maka kami mengambil kesempatan untuk melihat beberapa peserta ujibakat. Huish. Tak tengok lama sebab boleh mengundang kepada umpatan. Haha. 

Setelah bersiar-siar sebentar di KL Sentral buang masa, kami ke LCCT bersama bas Air Asia. Haha. Kalau naik bas, tak tidur memang tak sah. Sampai sahaja di LCCT, saya menuju ke kiosk. Terlupa dengan nombor tempahan yang tidak dicatat. Cubaan beberapa kali online tak boleh. Web Air Asia menyakitkan hati. Baru masuk, suruh log in balik. Tipulah tak hangin walaupun salah sendiri tak simpan nombor tempahan. Haish! Kemudian, kami menuju ke Food Court LCCT untuk online, makan tengahari dan solat Zohor. Lebih kurang pukul 2 petang saya dan encik suami ke kiosk semula untuk check in. Penerbangan saya sebenarnya pukul 5 petang. 

Setelah border pass di print, kami ke kaunter drop luggage. Saya menyerahkan surat doctor. Pekerja perempuan itu pergi ke kaunter servis untuk bertanyakan perkara yang dia tak pasti. Kemudian, saya diarahkan untuk berjumpa dengan pekerja yang ditugaskan di kaunter tersebut. Tetap akan ingat namanya, Sam. Surat doctor saya dikeluarkan pada 29 November 2011 iaitu pada hari terakhir saya check up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kampung Simee. Pekerja tersebut (Samdol) tak terima dan tidak membenarkan saya masuk. Cuma yang menjadi masalah adalah tidak terang tertulis, ‘on 11 Dec, she’s 34 weeks pregnant mother’. Samdol nak saya pergi buat surat baru. Saya keluarkan buku merah jambu saya yang tertulis pada 29 November, saya 32 minggu. 

Samdol pandang sekilas buku pink saya dan berkata, “what is 32 cm? we don’t know what is written in there.” Kemudian saya dengan penuh amarah, “i am not asking you to see that 32 cm. it’s clearly show above ‘jangka masa/tinggi rahim’.” Samdol tetap tak nak bagi sampaikan saya dengan berani berkata, “i want to see your officer.” Samdol sememangnya tidak mahu lepaskan. Jam sudah hampir 3.00 petang, saya cuba mencari perikemanusiaan dalam diri Samdol. “we’re not driving. sempat ke saya nak sampai ke sini lagi sebelum masa masuk? nak ke KLIA (Pusrawi) bukan sekejap. tak boleh ke on behalf of Air Asia, I dah show you this statement (buku merah jambu), you fotostat, buat refer.” Samdol berkata, “tak boleh. statement tak sama.” Serius, saya rasa nak lempang si Samdol. Samdol kata, “kalau boleh sampai sini dalam 4.40 petang, boleh masuk. kalau tidak nanti bayar 100 untuk tunda penerbangan – standby. ada kosong, terus masuk. tak ada kosong tunggu lagi.”

Tahap kemarahan saya sudah mencanak-canak naik. Saya suruh encik suami ambil balik boarding pass dan saya mula bergerak ke belakang. Tapi encik suami masih disitu. Samdol tengah remark something yang ambil masa 10 minit. Tidak ke lagi mencanak naik api kemarahan? Saya dan encik suami bergegas pergi cari teksi, then teksi pula kena beli kupon dalam balai ketibaan. Tanya orang yang jaga kupon pun bagi info salah sampaikan kami dari timur ke barat. Istighfar sahaja buat penenang. Naik teksi, kami minta encik pemandu teksi untuk memandu laju dari biasa. Tanpa segan kami maklumkan masalah kami. Sampai sahaja di KLIA, saya seperti lupa diri yang saya dah mengandung berlari-lari cari Pusrawi. Haha. Sampai di Pusrawi, saya bersyukur yang tidak terhingga berjumpa dengan mereka-mereka yang baik hati.

Mungkin turut terkesan dengan wajah kami, nafas yang mencungap dan penerangan yang tak tentu hala, jururawat yang bertugas terus sahaja merujuk kepada doktor. Kebetulan ada seorang yang datang lebih awal dan tengah menunggu, tapi beliau memberi peluang pada saya. Doktor Pusrawi juga sangat baik hati dan memahami. Syukur Alhamdulillah. Surat berjaya dikeluarkan dalam masa 10 minit. Sebaik sahaja keluar dari bilik doktor dan selesai membayar, rupanya encik suami diluar telah ditawarkan untuk dihantar ke LCCT dengan ambulans. Rasa syukur yang tidak terhingga. Pakcik ambulans kata, “naik ambulans boleh speed. pegang kuat-kuat ye.” Berkali-kali saya mengucapkan terima kasih pada mereka semua. Alhamdulillah. Semuanya juga atas izin Allah.

Kami sampai LCCT lebih kurang 20 minit sebelum 4.40 petang. Kami berlari-lari lagi. Terus ke kaunter servis untuk berjumpa dengan Samdol. Tapi Samdol dah tiada dan diganti seorang pekerja berbaju hitam. Tanpa lengah saya memberikan surat doctor, boarding pass, IC dan memaklumkan tentang hal sebelumnya. Pekerja berbaju hitam tekan-tekan keyboard dan berkata, “Sam ni apa hal. belum apa-apa lagi dia dah buat orang ni uncheck-in. dah buang nama passenger.” Sudah tentu saya lagi marah bila mendengarkan hal itu. Pekerja berbaju hitam menghubungi pekerja lain dan memaklumkan hal saya. “Sam suruh passenger ni buat surat tapi dia dah siap-siap buat uncheck-in. siap delete nama. boleh ke bagi dia masuk?” Api kemarahan saya meluap-luap walapun saya dibenarkan masuk. 

Pekerja berbaju hitam tekan-tekan keyboard sambil membebel, “bodoh betul Sam ni memandai-mandai nak terus delete”. Saya terus menjawab, “dia memang bodoh. dia  memang sengaja buat macam tu. dia memang agak saya tak boleh nak sampai”. Ya, bunyi tidak beradabkan saya? Tapi, letaklah diri anda pada situasi saya. Saya sudah tidak mampu mengawal. Bila semuanya selesai, saya dan encik suami berlari-lari lagi menuju ke balai berlepas. Dan itulah sebenarnya puncak kebencian dan kemarahan saya terhadap Samdol. Saya tidak sempat untuk berkata apa-apa pada encik suami. Cuma salam, dan ciuman pada pipi dan dahi dari encik suami dalam tergesa-gesa. Dan saya terus melangkah tanpa menoleh. Ya Allah. Ketika menaip ini air mata saya tak mampu untuk dibendung. Bolehkah kamu bayangkan pada hari tersebut? Ketika boarding pass saya disemak, encik suami cuma menjerit, “apa-apa SMS!” Saya cuma mampu menoleh dan mengangguk.

Setelah melalui kaunter scan, saya menoleh ke belakang dan melambai-lambai ke encik suami. Sebelum saya tenggelam dari pandangannya, saya memberikan lambaian terakhir dan terus melangkah menuju ke Pintu 8. Tiada apa yang boleh saya lakukan selain terduduk di kerusi dan berSMS dengan encik suami bersama dengan air mata yang bergenang. Kami masih berada dalam bangunan yang sama tetapi kerinduan saya pada encik suami sudah hampir menyesakkan dada. Kekesalan dengan penghujung kebersamaan saya dan encik suami yang dalam tergesa-gesa. Saya beristighfar sebanyak mungkin. Tidak mahu mengalirkan air mata. Tidak mahu kesedihan menguasai diri. Tidak mahu juga api kemarahan tersemat dalam diri. Duduk. Memerhati sekeliling. Penerbangan ditangguhkan. Sesungguhnya hari itu saya betul-betul rasa diuji. 

Alhamdulillah. Saya selamat sampai di tanah air setelah hampir dua jam dalam perut kapal terbang Air Asia. Kerana Samdol, saya tidak menandatangani satu perjanjian wajib yang tertulis, apa-apa berlaku adalah atas tanggungan saya sendiri. Kecoh juga crew kabin dek kerana ibu mengandung yang hampir teraniaya ini. Hihi. Sebelum berlepas, si kecil seakan-akan tahu yang dia bakal berada nun tinggi di awan. Si kecil sangat ligat bergerak hingga membuatkan ibunya rasa cemas dan susah hati. Semasa usianya enam bulan dalam kandungan tempoh hari, si kecil turut ligat bergerak tetapi ada encik suami disisi. Kali ini, saya sendirian. Saya risau. Saya cuma pesan pada si kecil, “baby jangan takut-takut macam ayah ye. nanti baby akan selalu naik flight.” Saya bacakan beberapa Surah, serta selawat Nabi. Alhamdulillah. Si kecil tenang-tenang sahaja. Saya senyum senang hati.

Sepanjang perjalanan juga saya teruskan membaca ayat-ayat suci Al Quran. Saya serahkan segalanya pada Allah SWT. Tiada doa lain selain si kecil saya baik-baik dan sihat-sihat sahaja. Saya juga menenangkan diri dengan secawan milo panas dan cheesecake yang sangat sedap. Haha. Dalam resah, makan dan minum tidak boleh diabaikan. Lagi resah kalau teringin nak makan tapi tak dapat nak makan. Huhu.

Berkenaan dengan kisah Samdol, entahlah. Mungkin sebab saya terlalu emosi jadi saya tak nampak kesalahan sendiri (pasti ada yang kata saya salah). Tapi, atas perikemanusiaan Samdol boleh buat rujukan berdasarkan buku merah jambu sebab kenyataannya sama. Tarikh sahaja berbeza. Dan kalau Samdol merupakan seorang yang ‘betul’, Samdol tidak akan mudah untuk terus membuang nama saya dari senarai penumpang. Kini, apa yang saya harapkan ialah : saya tidak akan tengok muka dia lagi sebab saya akan tetap ingat muka dia. Tak akan lupa.

Dec 23, 2011

Hidup : Wahai Dia dan Dia

Hai.


Hujan.

Hati yang tidak keruan.

Resah gelisah dihimpit rasa bersalah.

Bersalah terhadap dia dan dia.

Seruan azan Maghrib berkumandang.

Sebaik-baik tempat mengadu hanyalah Dia.

Wahai dia dan dia.

Maafkan saya.

Salam Jumaat.

Dec 3, 2011

Hamil : Detik Indah Untuk DiKenang =)

Hai.

Hari demi hari yang dilalui sebagai seorang ibu hamil benar-benar menguji kekuatan dan kesabaran. Sesungguhnya, sepanjang tempoh ini mengingatkan kita tentang pengorbanan emak yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Selama ini saya cuma membayangkan bagaimana saya menumpang teduh di dalam perut emak secara teori. Kini apabila telah melalui hari demi hari bersama si kecil, saya berada dalam dunia yang nyata bahawasanya pengorbanan seorang emak itu tidak akan mampu kita balas sehingga ke akhir hayat. 

(bukanlah bermakna selama ini tidak sedar, tetapi praktikal dan teori itu sangat berbeza bukan? pada satu ketika apabila kita menempuhinya, kita akan lebih sedar dan jelas akan sesuatu yang terjadi itu.)

Masih segar dalam ingatan bagaimana keadaan saya pada awal-awal kehamilan dahulu. Alhamdulillah. Syukur sebab saya tidak mengalami 'sakit pagi' seperti kebanyakan ibu-ibu hamil. Ada juga rasa loya-loya tapi rasanya tak sampai lima kali loya yang berpenghujung (muntah). Syukur. Syukur. Dan pada minggu-minggu awal itu saya kehilangan nafsu makan nasi. Paksa diri untuk makan nasi waktu tengahari untuk elakkan diri dari lemah dan makan roti pada waktu malam. Ayahnya pula terpaksa sediakan makan malam sendiri setiap hari. Ibunya pening-pening lalat setiap kali tercium bau ayahnya goreng ikan. Dalam laci meja pejabat pula pasti akan ada 100 Plus (sangat tidak baik untuk diamalkan tapi untuk hilangkan sedikit rasa loya) dan buah-buahan. Bila petang, ibunya akan kesejukan tahap maksimum biarpun penghawa dingin telah ditutup. 

Satu malam, saya mengalami sakit seluruh badan dan juga kepala. Atas sebab rengekan tanpa sedar ketika tidur, encik suami mengejutkan saya untuk dibawa ke klinik (4.30am). Biarpun saya tidak suka ke klinik, tetapi saya rasa tak mampu untuk bertahan. Saya gigihkan juga diri berjumpa dengan doktor. Alhamdulillah. Makan ubat yang pahit itu sesungguhnya tidak mengecewakan. Ada pada satu ketika saya mengalami sakit belakang yang teramat sangat. Seakan-akan ada gumpalan angin pada rusuk kiri. Serba-serbi tidak kena, mahu beralih ke kiri atau ke kanan. Encik suami yang menjadi mangsa untuk mengurut sebelum tidur. Biarpun tak susut rasa sakitnya, tapi memadai. Sekurang-kurangnya ada sedikit lega.

Minggu berganti minggu. Ibadah puasa juga telah sempurna terlaksana tanpa ada banyak rintangan. Sekadar cuma tenaga tidak mampu begitu bertahan apabila menghampiri waktu berbuka. Pernah beberapa kali kehilangan daya upaya untuk melangkah bila di baazar Ramadhan. Sedaya upaya ayahnya memimpin erat takut rebah di tengah-tengah orang ramai. Syawal pertama disambut sebagai seorang isteri dan juga bakal ibu. Sesetengah ibu hamil akan menjadi agak malas dek kerana pembawakan budak tapi saya ter-rajin sedikit menyediakan juadah hari raya dengan gigih. Alhamdulillah. Pembawakan budak berjaya membuang sedikit sikap malas berkampung di dapur.

Hari ini, usia kandungan saya sudah 33 minggu. Sebelum mencecah 32 minggu, saya diuji dengan sakit pinggang yang teramat sangat hinggakan saya hampir mengeluh dan merintih. Nasib baik saya segera ditegur oleh encik suami. Baring salah. Duduk salah. Berdiri juga rasa salah. Ada yang mencadangkan saya untuk meminta sakit itu beralih pada encik suami tapi, saya tak sanggup untuk berbuat sedemikian. Apatah lagi mengingatkan :“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). InsyaAllah. Dan Alhamdulillah, sakit pinggang hilang setelah hampir setiap malam encik suami menjadi tukang urut yang tidak bertauliah.

Jumaat lepas, saya mengalami kekejangan pada kaki. Pernah juga beberapa kali mengalaminya sebelum ini tapi dinihari tersebut saya tak mampu untuk berbuat apa-apa. Rasa sakit yang pada mulanya cuma sebelah kaki, kemudian kedua-dua belah kaki - akhirnya menimbulkan tekanan dalam diri. Berusaha untuk melegakannya sendiri tapi tidak berhasil. Encik suami bangun membantu menegakkan dan mengurut tapak kaki akhirnya mengundang tangis. Sakitnya, Ya Allah. Kalau saya dah menangis teresak-esak, maknanya sakit itu sudah di peringkat maksima (bagi saya). Pagi tersebut, saya akhirnya menjadi bahan usikan encik suami. Haish.


Ada banyak lagi dugaan ibu hamil. Lenguh-lenguh atau lemah-lemah badan itu diibaratkan sebagai ramuan hari-hari tetapi akan terubat bila kita merasai gerakan si kecil yang aktif. Terkadang kita akan rasa terkejut dek kerana pergerakannya yang berterusan. Kadang-kadang kita akan tersentak apabila kita merasakan tendangan yang kuat. Adakalanya juga kita akan tersenyum girang bila si kecil seakan-akan membuat pergerakan berirama. Sesungguhnya, si kecil itu penawar segala sakit. Sedangkan sakit-sakit kecil semasa mengandung boleh diubat dengan pergerakan si kecil. Apatah lagi bila melihat si kecil setelah berhempas pulas melahirkannya.


Setiap seorang itu diduga dengan ujian yang berbeza. Ketika usia kandungan saya 24 minggu, adik bongsu saya yang merupakan si adik lelaki tunggal telah kembali ke sisi Maha Pencipta. Dari Nya kita datang, kepada Nya jua kita kembali. Ramai yang menasihati saya supaya bersabar dan kuat demi si kecil. Ada juga yang berkata, Allah ambil adik kembali tapi Allah juga telah menganugerahkan kami si kecil yang sudah aktif bergerak. Alhamdulillah. Kekuatan saya ketika itu adalah anugerah dari Allah, kekuatan dari mak, bapak, adik-adik serta seluruh keluarga, kasih dari encik suami serta sokongan rakan taulan.


Kesimpulannya, kasih sayang saya terhadap mak sejak azalinya - infiniti. Tapi kini apabila telah merasai perit payahnya untuk mengandung, kasih sayang yang berganda itu telah menjadi berlipat kali ganda dari sebelumnya. Subhanallah.

p/s: hari ini perut rasa tegang je. si kecil sangat-sangat aktif. saya yang rasa letih biarpun cuma sediakan breakfast dan packing barang si kecil. (^_^)

Dec 1, 2011

Hidup : Sakit-Sakit Dahulu

 
Hai.
Thursday. 1st Dec 2011. Ini bermaksud, cuma tinggal lebih kurang 10 hari mahu terbang ke Sarawak. Dan dalam tempoh 10 hari ini juga saat-saat genting bagi kami. Kenapa? Huhu. Kepulangan saya kali ini memakan masa yang agak lama. Berbulan-bulan. Bukan berhari-hari. Kalau disebut hari, boleh memberikan tekanan kepada kami kerana bakal melibatkan angka. Bukankah 3 (bulan) lebih kecil dari 90 (hari)? Hehe. Tapi, genting kenapa? Hehe. Dalam 10 hari ini pasti jiwa kacau plus sensitif plus kurang stabil. Saya sentiasa berpesan pada diri sendiri, "please yatie. you must fill these days with many good things with him".

 Selasa lepas, saya dan encik suami ke Kedah. Oh! Bukan berhoneymoon macam orang lain. Tidak berkesempatan untuk itu. Saya dipanggil untuk menghadiri ujian SPA bagi jawatan Perangkawan. Empat jam berada di lebuhraya sangat menguji kesabaran. Encik suami tidak pernah jemu menjerit / memekik / melolong perkataan 'PERUT' setiap kali bertembung dengan permukaan lebuhraya yang tidak rata. Perut! Perut! Perut! Walaupun saya kurang pasti apa yang patut saya lakukan, tapi saya cuba untuk mengelakkan gegaran melampau. Encik suami kata, 'sila apungkan diri'. Isk. Isk. Isk. Kesian dekat baby. Kesian dekat pinggang mummy. Hoi! Sakit pinggang. Sakit belakang. 

Kami menginap di Bustani Hotel, Jitra. Recommended bagi sesiapa yang nak bercuti di Kedah. Apa yang penting? Lokasinya yang memang sangat dekat dengan Dewan Utama, Pejabat Daerah Kubang Pasu yang merupakan pusat ujian SPA saya. Jauh kan? Saya minta pusat kat Kedah ke? No. No. No. Saya tak buat kerja merepek sebegitu. Haha. Apa yang saya perhati, budak-budak area utara memang berpusat di Jitra. So, walaupun geram sebab jauh bebeno pusat ujiannya tetapi saya dan juga candidates yang lain tetap pergi bersama harapan yang tinggi. Orang kata, usaha. Siapa tahu rezeki baby. Kan? Doakan saya lulus ye kawan-kawan. Hehe. *keyakinan saya untuk lulus cuma 20%. boleh? haha.*

Nak saya share sedikit tentang ujian tersebut? Nantikan next entri ok. Hehe. Ujian habis pada pukul 3.20pm. Saya dan encik suami direct balik ke Ipoh. Cuma singgah sebentar di R&R Gurun untuk makan tengahari. Sampai di Ipoh, lebih kurang pukul 6.30. Encik suami kena jeling-jeling emaknya sebab dia agak encik suami bawak kereta laju-laju. Ikutkan hati nak juga singgah-singgah Alor Setar tapi bila ingatkan nak kerja hari ini dan tak tahu nak cari apa di bandaraya AS, maka kami terus balik. Itupun saya sangat liat nak bangun pagi tadi ok. Tersasar. Tak sempat encik suami nak breakfast. Hihi. Sempat-sempat ironkan si baju batik je. Even saya sendiri tak sempat nak breakfast. Huhu.

Biarpun masa singkat, tapi saya bersyukur sebab dapat jumpa kawan rapat satu course dengan saya dulu serta keluarga dan baby Amsyar yang tembam bam bam. Nor Arnida Morad. Thanks a lot dear! Seperti yang dijangka, perut pasti penuh bila ke rumah awak. Thanks for the laksa and mee bandung. Actually teruja tengok mee bandung yang macam yummy sangat tapi.....saya tak makan mee. Haish! Rugi. Rugi. Hihihi. Then, Amsyar. Auntie hampa sebab tak dapat nak ambil gambar dengan Amsyar. Yelah, sampai pun dah malam. Isk. Isk. Isk. Panjang umur, kita jumpa lagi bulan tiga tahun depan. Geram dengan pipi Amsyar. Hehe. Buat mak Amsyar, maaf ye dengan hadiah seringkas itu. *kami tersedar kami terlupa adab jumpa baby baru. haha. ampun!*

Ok. Salam Muharram buat semua. Muharram pertama disambut bersama encik suami. Kami suami isteri mengaminkan doa penutup dan pembuka oleh Imam Besar Kuala Lumpur. Hik3. Depan TV je. =)

p/s : Sama-samalah kita buat yang terbaik untuk diri kita. Istiqamah. Baik itu datangnya dari Allah, dan buruk itu adalah dari kekhilafan kita sendiri.

Nov 25, 2011

Muhasabah : Have You Ever~



* kata-kata dari pakar diari hati *
Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang dikehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana samada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut."

Allah menduga seseorang itu dengan pelbagai bentuk ujian yang semestinya Dia Maha Mengetahui bahawasanya kita mampu untuk berdepan dengan masalah / ujian / dugaan tersebut. Dan tidak dinafikan juga sebagai seorang manusia yang lemah kita adakalanya tersasar - kita terkadang mengeluh, merintih dek kerana ujian yang Allah datangkan pada kita hinggakan kita terleka. Kita merenung dan melihat pada kelebihan, kecantikan, kesenangan dan kebahagiaan orang lain. Kemudian, kita bertanya pada diri kenapa Allah tidak memberikan kita semua itu? Kenapa dia? Seringkali juga terjadi pada diri kita, setelah lama kita terleka hinggakan telah kehilangan sesuatu - kemudian barulah kita tersedar dari lena yang panjang hanya setelah kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Bukankah itu satu kekhilafan yang amat merugikan?

Dan siapa yang kita perlukan ketika kita leka dengan duniawi? Semestinya suami/isteri bagi yang telah mendirikan rumahtangga. Dan ibu/bapa bagi yang masih dibawah tanggungan mereka. Sesungguhnya mereka inilah yang kita perlukan untuk mengingatkan kita tentang banyak perkara dalam dunia yang adakalanya kita tak nampak atau cuma dipandang sebelah mata. Dan mereka jugalah yang akan mengingatkan kita tentang segala ujian/dugaan Allah itu merupakan satu tanda bertapa kasih/sayang nya Allah pada kita. Bertapa istimewa dan bertuahnya kita kerana terpilih untuk menjadi seorang yang diuji oleh Nya. Jadi, kenapa kita perlu merintih/mengeluh dan merasakan diri ini bernasib malang?

p/s:renung-renungkan dan selamat beramal Puan Dayang.... errrkkk??? pesanan buat diri sendiri. ihiks!

Nov 22, 2011

Gara-Gara Si Garuda dan Harimau Muda Da~


Sementara menunggu waktu balik, 5.11 pm. Ok, tidak disengajakan. Gejala mengantuk yang amat sangat membuatkan saya hilang tumpuan sepenuhnya kepada kerja diatas meja. Cop-cop nombor akaun kat cheque deposit nih mahunya tak mengantuk? Tambah lagi dengan angin a/c yang sepoi-sepoi bahasa. Bertambah-tambah pakej si syaitan yang direjam menggoda saya untuk berkhayal dan seterusnya bertiduran. Cis!

Sebenarnya, semalam tidur agak lewat juga dek kerana perlawanan si garuda dan harimau muda. It was my first time tengok (walaupun skip-skip tengok korea pada awal perlawanan) then bila dah tengah-tengah saya dah mula boring, saya on FB sambil tengok (tapi tengok FB je lebih) dan tadah telinga encik suami pom pang pom pang kecoh-kecoh, bising-bising. Adeh! Kat FB pun sana-sini semua status cerita pasal bola. Saya? Nak cerita pasal bola sememangnya tak boleh. Offside pun saya tak tahu apa benda, saya bising-bising bila garuda berjaya melolosi Khairul Fahmi tetapi dikatakan offside. Oh! I really didn't understand what's going on!

Perkara yang paling membahagiakan saya hari ini ialah : i'm done with my account task! Damn bored buat sambil belajar benda yang sama dalam masa berbulan. Then sekarang saya akan aktif menyelesaikan kerja admin saya sebelum bercuti panjang. Oh! Terasa sedikit tidak sabar menanti 9 Disember, hari terakhir berkhidmat tahun ini. Dan semoga apa yang dipelajari berbulan ini tidak luput dari ingatan setelah cuti berbulan juga. OH!!!! :))

Nov 18, 2011

Hamil : Apa Kata Baby? :)

Hai.

Cik Isteri : Budak ni kan, bila dia gerak-gerak saya ingin nak tahu yang mana kaki, tangan.
Encik Suami : Tanya lah dia.
Cik Isteri : Banyaklah. Tapi yang penting dia baby girl.
Encik Suami : Eh, kenapa pulak? Dia boy.
Cik Isteri : Eleh, kenapa pulak?
Encik Suami : Saya tahu lah. Kenapa nak girl?
Cik Isteri : Sebab nanti boleh pakaikan baju comel-comel.
Encik Suami : Dah tu boy tak boleh pulak?
Cik Isteri : Bukan tak boleh tapi baby girl banyak baju, leh ikat rambut.
Encik Suami : Yelah, bila dah besar awak tak nak sikat rambut dia.
Cik Isteri : La, dah besar tu dia dah pandai.
Encik Suami : Tak. Boy. Nanti boleh tolong saya buat kereta.
Cik Isteri : Ceh! Cuba awak tanya dia, dia boy ke girl.
(both giggle)
(encik suami touch my tummy)
Encik Suami : Kalau girl gerak sekali, kalau boy gerak dua kali.
(we both waiting with patient - konon!)
Cik Isteri : Haha. See. Dia tak nak gerak. Dia tak suka awak. Haha.
Encik Suami : Eleh. Dia confuse. Ayah aku nih tanya aku lelaki perempuan lah pulak.
Cik Isteri : Haha. 
Encik Suami : Yelah, dia mana lah tahu.
(encik suami alihkan tangan)
(few minutes after, saya rasa macam ada movement)
Cik Isteri : Kalau boy tadi gerak berapa kali?
Encik Suami : Dua kali. Kenapa?
Cik Isteri : Tak ada apa.
(buat muka toye)
Encik Suami : Tipu. Dua kali kan. Haha. Dah cakap boy.
Cik Isteri : Mana ada. 
Encik Suami : Saya tahu lah.
Cik Isteri : Ok cuba buat sekali lagi.
(encik suami sentuh tummy dan repeat the samething)
Encik Suami : Kalau girl gerak sekali, kalau boy gerak dua kali.
(i thought baby tak akan buat any movement as usual bila encik suami nak rasa dia gerak)

Lebih kurang 3 minit : encik suami setia letakkan tangannya diatas perut. Dan....

GIRL?

BOY?

.BABY GERAK DUA KALI.
.ENCIK SUAMI KETAWA SUKA HATI.
.WALLAHHUALAM.

Nov 16, 2011

Hamil : 30 Weeks - Sakit Pinggang!

Hai.

Minggu yang ke-30. Pejam celik pejam celik, tinggal 10 minggu menuju minggu yang ke-40. Lepas 10, 9 kemudian 8, then 7, lepas tu 6, after that 5 dan.....tup tup dah kena masuk wad. Tiba-tiba hati dup dap. Isk. Isk. Isk. Honest, saya ada sedikit takut + gementar. Semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah SWT. 

Actually, sejak pagi Ahad lepas saya mengalami sakit pinggang terlampau. Sakit sangat-sangat ok tapi gigih juga goreng bihun untuk encik suami. Motif, nak lupakan rasa sakit tersebut tapi tak boleh blah. Tak tahu kenapa. Bangun tidur saya cuci pinggan mangkuk. Masa cuci pinggan mangkuk tu dah terasa dah tapi buat-buat bodoh je. Orang kata, jangan layan sangat sakit kan. Itu yang jadi melarat-larat. But, tak menjadi langsung. I am seriously in pain. Bila tak boleh tahan, SMS mak. Mak buat saya jadi risau. Mak cakap lebih kurang macam ni, 'jangan nak sakit2 je. rasa2 kalau tambah kuat sakit. kamu dah 7 bulan ke?' Kemudian, mak SMS lagi, 'takut tanda2 nak beranak.'

Ok, kalau kamu kat tempat saya of course kamu pun jadi takut. Betul tak? Mak pesan jangan suruh encik suami pergi jauh-jauh. Sebagai seorang yang tak berpengalaman, sudah tentu kami suami isteri jadi kalut. Saya sibuk dok cari segala bagai info dalam internet tentang kelahiran pra-matang dan tanda kelahiran bagai. So, tak dilupakan juga kepada cara-cara nak sembuhkan sakit pinggang yang melampau dan juga wajib - punca kepada sakit pinggang. Sakit ok! Tak terkata. Nak move to the left or right memang rasa macam Ya Allah, suffer sangat. Itu belum lagi nak bangkit dari pembaringan orang kata. I've to move slowly dengan pelbagai aksi to make sure yang at least masa nak bangun tu, kurang sedikit rasa sakit.

At last, encik suami ajak keluar so we went to JJ (no other best place to enjoy ourselves) kemudian saya berlama-lama di MPH dan grab satu buku - MALAYSIA KITA. Haha. Tekanan bila saya menulis tajuk buku pink cover tersebut. Before balik, kami pergi mengenyangkan perut di Food Court dengan Claypot Rice (cik isteri) dan Nasi Goreng Udang (encik suami). And ssshhhh! I've to pretend like I'm okay supaya encik suami tak susah hati. Masa itu, saya baru tahu kenapa selalu jumpa ibu-ibu mengandung jalan sambil pegang belakang pinggang. Haha. And now, I am one of them too. Kena jalan pegang pinggang. (=__=') Oh please, jangan nak imagine macam mana saya berjalan. Even me myself tak sanggup nak imagine bagaimana rupanya.

Ok la. Enough. Nak bercerita memang rasanya ada banyak benda tapi sekarang ni ting tong dengan akaun. I've to finish this by tomorrow. Janji pada diri sendiri. Haha. 

Nov 8, 2011

Hidup : Salam Aidiladha

Hai.

Salam Aidiladha buat semua. Selamat bekerja semula. Malas tak nak memulakan hari pertama ni? Huhuhu. Malas kan? Saya malas yang amat oh! Sebenarnya, pagi ini saya ada temujanji lagi di klinik ibu dan anak. Ikutkan hati, saya memang nak sangat bercuti lagi tapi mengenangkan 18 November nanti InsyaAllah saya bersama encik suami serta keluarga akan ke Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara encik suami. Makanya, terpaksa membatalkan niat untuk bercuti. Tapi, hari ini pun saya terfikir untuk tidak berpergian sebab rasa macam dah kurang larat nak berlama-lama dalam kereta / berjalan jauh. Isk. Isk. Isk. Even malam raya pergi ke rumah Mak Long encik suami yang ambil perjalanan lebih kurang 40 minit, pinggang saya rasa macam nak putus. Haish. Kalau pinggang boleh cabut letak kat kerusi belakang, memang saya dah cabut bagi rehat. Hahaha.

Tajuk dah Aidiladha kan? So, isinya lebih kurang sama macam Aidilfitri punya cerita. Masak-masak dan makan-makan. Tapi Aidiladha, saya cuma masak rendang ayam dan sebiji kek lapis. Again, both of them merupakan juadah kali pertama. Hehe. Encik suami puas hati dan cakap tahniah sudah cukup buat hati berbunga-bunga riang. Dan kek yang super duper sedap dari kak Dayang tersebut juga boleh tinggal beberapa hiris sahaja lagi pada hari kedua. Errr~macam tak percaya pulak. :p

rendang ayam 


kek lapis kembang melati

A very big thanks to kak Dayang dari DapurKu Sayang. Biarpun kek saya tidak secantik, sekemas, seindah buatan kak Dayang tetapi the taste was superb ok. Mungkin sebab adanya kurma. Memang sedap. Terima kasih kak Dayang. Dan untuk Zulliana, I am very sorry. Yes, ada banyak masa lagi tapi still rasa guilty yang teramat. Ampun. Ampun.. Ampun. 

Mendengarkan takbir raya berkumandang, hati sayu terkenangkan keluarga di Sarawak dan arwah adik. Andainya saya terasa hiba, apatah lagi mereka yang telah berkurang rutin di pagi hari raya. Tiada lagi si baby untuk dimandikan dan dipersiapkan dengan kacaknya. Semoga adik tenang disana. InsyaAllah. 

p/s : selamat hari raya. maaf zahir batin. :) 

Nov 4, 2011

Hamil : Saya Sayang Si Kecil Saya =)

Hai.

Setiap kali si kecil begitu aktif menendang saya akan tersenyum senang.
Apabila dia terlalu aktif menendang saya akan cepat keletihan.
Dan sesungguhnya saya mencintai dan menyayangi si kecil saya.

Saya selalu bertanya kepada diri-sendiri, kenapa ada para ibu yang tergamak membuang / membunuh / mendera anak sendiri. Saya pelik kenapa seolah-olah tidak ada kasih sayang dalam hati terhadap anak yang dah hidup dalam rahim sendiri selama lebih kurang 9 bulan 10 hari. Tempoh 9 bulan 10 hari tersebut, tidak semuanya yang indah. Ada suka duka bagi setiap penggal tempoh mengandung. 

Adakah tidak wujud kebahagiaan dalam hati ketika merasai si kecil menendang, berpusing dan bersedu?
Adakalanya saya fikir mustahil ibu tersebut tidak merasai kebahagiaan tersebut?

Kini, isu buang / bunuh anak sudah menjadi kebiasaan di dada akhbar hinggakan kita juga sudah menjadi biasa dengannya. Dan saya pasti akan shaking from head to toe bila baca atau dengar tentang itu. Obviously, saya membenci ibu bagi anak kecil tersebut. BENCI! Ok, some might said that they've their own reason for doing such stupid things. Tapi tak kira apa alasan sekalipun, adakah sehingga kita sanggup membunuh darah daging sendiri? Malahan darah daging sendiri itu merupakan anak kecil yang tidak berdosa dan masih putih bersih yang memerlukan kita untuk mencorakkannya dengan warna-warna kehidupan. 

Entahlah. Bila saya cuba nak memikirkan hal ini secara rasional (sesungguhnya tidak ada yang rasional), saya pelik. Tak terkesan ke dalam hati bila melihat wajah comel anak kecil darah daging sendiri? Tidak terdengar ke suara kecil si comel darah daging sendiri? Dan lebih pelik, kenapa tergamak sampai sanggup nak tinggalkan anak di tempat yang tidak sepatutnya, kelar, bunuh, campak. Astaghfirullahhala'zim. Sungguh, saya tetap tertanya-tanya. Teringin rasanya nak temuramah para ibu yang berfikiran sempit dan tak ada perikemanusiaan langsung.

Walau apa pun alasan mereka, tak sepatutnya si kecil itu menjadi mangsa. Dan saya mendoakan semoga para ibu yang telah tersasar jauh tersebut bertaubat dan mendapat hidayah dari Allah SWT. Jom layan wajah-wajah comel dari google. ;)










Tak ke sejuk hati memandang wajah-wajah comel ini?
p/s: Ya Allah, permudahkan segala setiap urusan ku.

Oct 28, 2011

Hidup : Wonderpet

Hai.

Malam ni encik suami tak ada di rumah. Beliau perlu ikut kem ko-kurikulum sekolah, maka tinggallah cik isteri bersendirian (mungkin). Tapi, bila mengenangkan encik suami bakal tak ada malam ni saya dah mula rasa sedih-sedih gitu. Oh, very la-di-dah punya orang kan? Haha. Entah. Mungkin perasaan ini normal bagi seorang isteri. Agaknya macam ini perasaan mak bila bapak dulu kena kerja malam. Rasa sunyi. Cuma mak dah ada anak-anak masa bapak perlu kerja waktu malam. Teheee~so, nanti-nanti nak korek apa kata mak tercinta. Itupun, kalau tak kena jeling sebab tanya soalan merepek. Haha. 

Ok, apa yang nak WONDERPET sangat tuh kan sampai jadi tajuk? Huhu. Actually terkenangkan juga nanti kena tinggalkan encik suami berbulan lamanya. Mungkin, hampir 4 bulan. Ya Allah, entah bagaimana perasaan saya pada hari kejadian itu nanti. Tak mustahil saya berdrama di LCCT air mata mengalir, hingus meleleh dan mata merah menyala. Mungkinkah? Atau saya cool sahaja sebab saya merupakan bakal mummy dan isteri yang supercool mengalahkan supermak yang cuma mampu berlari pantas. Cewah! Dalam tempoh tersebut, mungkin cuma 1 atau 2 minggu sahaja encik suami akan bersama saya dan bakal anak kami (InsyaAllah, semoga dipermudahkan olehNya) iaitu sebelum dan selepas saya bersalin. Encik suami perlu balik sana sebelum tarikh EDD saya, 23 Jan 2012. Semoga si kecil dengar nasihat mother supaya keluar semasa father dah ada bersama-sama kami disana. Hehe.

I've so many plans in mind bila terfikirkan encik suami tak ada di rumah esok. I just hope he'll let me stay at home by myself. Miracle. Miracle. Please come to me. Ahaks! TETAPI, plan tersebut macam kurang mengena sebab I plan to kukus kek lapis lagi. Malangnya, barang tak mencukupi kat rumah. Kereta satu lagi masuk bengkel. So, encik suami akan bawa si putih NAN pergi kem. Makanya, saya tak ada transport. Ada. Mr. Honda encik suami. Tapi, kedai runcit biasa kat depan tak mungkin ada bahan-bahan yang saya perlu. Isk! Isk! Isk! Hampa ok. Saya tak mahu hari saya penuh dengan kebosanan tanpa ada aktiviti. Blog? Haish! Bila saya bersemangat, broadband mula menyemput. Mahunya tidak tersemput-semput juga saya nak berkarya. Ecewah! Hotak Lu! :p

Lately, ada beberapa peristiwa yang agak mengecewakan / menghampakan berlaku. Biarpun cuma secara tidak langsung tapi turut juga berkaitan dengan diri saya. Entah. Adakalanya saya tertanya-tanya, why should this happen to you? Why don't you listen to my advice? Why? How? But still, soalan yang tidak akan terjawab oleh diri sendiri. Dan soalan yang juga tidak akan diutarakan kepada tuan badan. Tapi orang kata, time will heals everything. Ya, betul. Saya boleh lupakan semuanya apabila saya sibuk dengan kerja dan diri saya. Tapi bagi tuan badan, tak mungkin. Apa pun, saya doakan semoga semuanya baik-baik sahaja.

Oct 24, 2011

Hidup : Dik, Kak Long Datang...

.sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati.

Genap 24 hari adik bongsu yang merupakan satu-satunya putera hati kami, Awang Firdaus kembali ke sisi Allah SWT. 1 Oktober; Allah mengambilnya kembali untuk berada dekat di sisi-Nya setelah 8 tahun 9 bulan dipinjamkan kepada kami sekeluarga. Tak ada satu orang pun menyedari akan kehadiran Isroil yang bertugas mencabut nyawa adik. Ya, tak akan ada sesiapa menyedari. 

Hari itu saya dapat panggilan dari mak usu. Saya pelik kenapa mak call encik suami (handphone saya dalam bilik). Masih segar dalam ingatan encik suami tidur ayam dan saya asyik menonton sambil makan mangga muda. Saya jawab panggilan dan yang kedengaran bukan suara mak tapi makcik.

Mak Usu : T, ada benda nak bagitau.
Saya : Apa dia?
Mak Usu : Ada benda usu nak bagitau dengan kamu.
Saya : Ha, apa dia. (masih selamba).
Mak Usu : Adik kamu.
Saya : Kenapa dengan adik? (terdiam).
Mak Usu : Adik kamu dah tak ada.
Saya : (terdiam). (berdebar). Adik yang mana satu?
Mak Usu : Firdaus.
Saya : (terdiam). (cuba mengawal emosi). Kenapa?
Mak Usu : Firdaus kena sawan.
Saya : (menangis). Tipu!
Mak Usu : (sebak). Betul. Kami kat klinik. Nak cakap dengan mak?
Saya : (menangis). Nak.

Saya : (menangis). Mak. Betul ke.
Mak : (sebak). Betul.
Saya : (menangis). Camner leh jadi macam tu?
Mak : (sebak). Adik kena sawan. Kat klinik ni.
Saya : (menangis). Mak, nak balik.
Mak : (sebak). Balik pun bukan sempat. Macam kita selalu cakap kat orang, sabar.
Saya : (menangis). Mak, nak balik.

Mak Usu : T, mak tak dapat nak cakap lagi.
Saya : (menangis). Ye lah. Assalammualaikum.

Saya masih ingat, saya seperti tidak sedar saya ada di mana dan bersama siapa. Encik suami yang tidur ayam terjaga bila saya mula menangis dan cuba menenangkan saya. Sambil mendakap dan mengusap ubun-ubun, encik suami bertanya kenapa. Sambil menangis bersama dengan suara yang tersekat-sekat saya memaklumkan apa yang telah saya dengar. Saya cuma menangis dan dalam fikiran saya cuma mahu balik serta membayangkan wajah adik. Saya teringat akan dua pasang baju yang telah saya beli tapi tidak sempat lagi untuk dikirimkan kepadanya. Semuanya membuatkan air mata saya mengalir dengan lebih laju.

Encik suami beralih dari sisi saya dan buka PC. Encik suami tengok tiket penerbangan. Saya masih tidak mampu untuk mengawal tangisan saya.

Encik Suami : Nak balik ke?
Cik Isteri : Kalau saya diberi peluang balik, saya nak balik.
Encik Suami : (sibuk tengok tiket).
Cik Isteri : (sedikit sebanyak berjaya mengawal emosi. sms kawan-kawan untuk memaklumkan).
Encik Suami : Awak tengok tiket. Saya pergi rumah mak sekejap. Kemas barang-barang.
Cik Isteri : Ye.

Saya check tiket sambil mengemas barang-barang keperluan. Ikutkan hati mahu sahaja sehelai sepinggang. Kami tak beli tiket secara online khuatir tidak sempat sampai. Kami buat keputusan untuk membelinya di kaunter LCCT. Saya check jadual perkhidmatan bas ke LCCT. Encik suami balik, kami terus bergegas keluar dari rumah menuju ke rumah mentua. Bas kami bergerak pukul 1.30pm. Saya maklumkan kepada mak saudara sebab saya tahu mak saya tak akan bersama dengan telefonnya waktu itu. Mak saudara tanya samada saya mahu mereka tunggu (melambatkan waktu pengebumian) atau sebaliknya. 

Ikutkan hati, saya mahu. Saya mahu lihat wajah adik buat kali terakhir. Saya mahu cium adik buat kali terakhir. Saya mahu dakap adik buat kali terakhir. Tapi, adakah itu yang adik mahu? Saya tak rasa itu yang adik mahu. Saya kurang mampu mengawal air mata saya. Saya biarkan air mata saya mengalir selama mana termampu. Sepanjang perjalanan saya bacakan Yassin dari kejauhan pada adik bersama dengan linangan air mata. Saya balas SMS mak saudara, 'tak apa. jangan tunggu. orang tak nak seksa adik. cukuplah.' Saya cuba menjadi seorang yang tabah dan kuat. Saya cuba menjadi seorang kak long terbaik untuk adik dengan memberikan yang terbaik. Saya juga yakin itu yang adik mahu.

Perjalanan kami lancar, cuma pemandu sangat berhemah dan menepati masa. Kebiasaan kami boleh sampai lebih awal dari biasa sekurang-kurangnya satu jam sebelum yang mereka jangka. Tapi, hari itu kami sampai di kaunter tepat pukul 6. Hajat hati untuk naik penerbangan 6.40pm tidak kesampaian. Terlewat. Saya redha. Apatah lagi mak saudara SMS memberitahu selepas Asar semuanya selesai. Adik pergi dengan tenang. Wajah adik tenang, senyum dan seperti bayi kecil kami yang sedang tidur. Penerbangan terawal pada pukul 8 malam. Kami beli tiket, kemudian bergegas ke surau untuk solat dan pergi makan untuk mengalas perut. Saya tak peduli mata-mata yang memandang wajah saya yang sembap dengan mata yang bengkak. 

Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah sebelum pukul 12. Wajah-wajah kesayangan yang penuh tenang menanti saya dengan senyuman. Ya, tiada tangisan. Tiada air mata. Di dapur, masing-masing bercerita tentang hari itu. Bercerita tanpa sebak, tanpa air mata, tanpa kekesalan. Adik saya yang ketiga menghulurkan telefon. Terpampang wajah adik sehari sebelum dia pergi. Seperti orang bodoh saya bertanya, "kenapa satu je". Adik saya menjeling, "manalah aku nak tau". Kami ketawa. Mak dan bapak redha. Mak bapa kata dah tiba masa adik nak pergi. Kena sawan dan tak ada seorang pun di klinik ketika adik dibawa ke hospital, itu semua cuma nak dijadikan penyebab. Kalau mak dan bapak redha, apatah lagi kami kakak-kakaknya. Kami redha.

Sehari selepas pemergian adik, hari yang ketiga. Saya dan encik suami pergi ziarah kubur adik. Cadangan untuk pergi pada hari kedua dilarang keras oleh bapa sebab tidak elok untuk saya pergi pada waktu petang. Saya datang dan berbisik, "dik, kak long datang." Saya hampir menangis. Saya cuba bertahan. Saya bacakan Yassin untuk adik. Saya sedekahkan juga ayat-ayat suci buat kedua-dua arwah atuk saya yang bersebelahan dengan kubur adik. Tapi, masa saya nak balik. Saya pandang kubur adik. Saya pergi ke kubur adik. Saya duduk. Saya pegang nisan adik. Saya tak mampu untuk bisikkan, "dik, kak long nak balik". Ya, saya tak mampu. 

Dan buat pertama kalinya saya menangis ketika berada di kampung. Saya tak mampu untuk membendung perasaan hiba, sedih dan kehilangan. Saya usap nisan adik. Saya cuma dapat kata dalam hati, "dik, kak long tau daus lebih tenang disana. tapi, kak long tak sampai hati nak tinggal daus. kak long tak sanggup nak cakap kak long nak balik. kak long rasa macam masih tak percaya daus kat sana". Saya kesat air mata yang mengalir deras, saya beristighfar, saya bacakan ayat-ayat suci, saya tarik nafas sedalam-dalamnya, saya beralih dan pergi tanpa menoleh kembali.

Di rumah, saya seperti biasa. Meladeni karenah sepupu-sepupu yang nakal dan membantu apa yang patut di dapur. Encik suami turut membantu kerja-kerja dapur. Saya tidak berlama-lama di bilik adik kerana segala kenangan terpahat di situ. Saya tidak mahu menangis. Bukan saya tidak rindu. Tapi, saya rasa cukuplah saya menangis. Saya juga tak langsung baring seperti selalu diatas tilam adik sebab saya tahu bau adik sangat kuat pada tilam dan bantalnya. Saya tahu kalau saya cium bau itu, saya akan menangis. Saya seperti sombong tidak mahu mendekati biliknya. Tapi saya tahu, adik tahu kenapa saya begitu.

Perginya adik bermakna : perginya putera hati kami, perginya bayi kami, perginya si tunggal kami, perginya si bongsu kami. Tiada lagi rutin bangun tidur, kak long akan pergi ke bilik adik, kak long baring, kak long peluk adik, dan tidur bersama. Tiada lagi alasan untuk menjaga adik sekiranya tak mahu pergi kenduri atau kedai atau memasak di dapur. Tiada lagi bermalas-malasan atas tilam bersama-sama adik di ruang tamu. Tiada lagi panggilan atau timangan daus atau tunggal atau bujang. Tiada. Yang tinggal cuma kenangan bersamanya yang terpahat dalam kotak ingatan, kasih sayang yang tidak berpenghujung dan potret untuk ditatap.

Dulu, saya selalu ucapkan sabar kepada mereka-mereka yang telah kehilangan orang terdekat dalam hidup. Dan pemergian adik buat saya rasakan perkataan itu tidak langsung menyedapkan hati atau melegakan rasa. Terkadang, saya seperti mahu marah. Tapi, perkataan itu datangnya dari teman-teman yang tersayang. Ketika kita susah, kita tahu siapa yang ada bersama kita. Wahai teman-teman, saya tak marah anda semua kerana mengutarakan perkataan sabar. Tapi saya marah kenapa wujudnya perkataan sabar ketika itu. (boleh ke?)

p/s: Al Fatihah buat adik, Awang Firdaus Awang Bakar. Semoga adik bahagia dan tenang disana. 





p/s: Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan dia buat kami untuk satu tempoh yang lama biarpun doktor cuma menjangkakan adik bersama kami cuma satu atau dua tahun sahaja.

Oct 12, 2011

Hamil : Nota Buat Anak-Anak Mother [6]

*semoga anak mother terus sihat sejahtera*

Khamis lepas mother pergi buat pemeriksaan lagi bawa anak mother yang comel. Mother agak gusar bila fikir tentang ujian air gula (MGTT) bulan lepas. Mother takut keputusannya tidak begitu memihak kepada mother. Huhu. So, seperti kebiasaan mother dan father ambil cuti semata-mata untuk itu. Mother dan father buat perancangan yang terbaik supaya pembaziran masa tidak berlaku dengan sengaja. Lagipun, ada hal yang tidak dijangka telah berlaku pada hujung minggu yang lepas yang akan mother ceritakan pada entri seterusnya.

Mother dan father sampai di klinik pukul lapan lima belas pagi. Father terus pergi ke JPJ untuk ambil lesen P mother. JPJ cuma opposite klinik ibu dan anak nih. Mother pula pergi register dan menunggu giliran mother yang ke-19. First stage, mother tak perlu menunggu lama. Timbang berat dan periksa tekanan. Berat mother 66kg dan tekanan juga normal. Alhamdulillah. Seperti sebelumnya juga mother kena pergi makmal untuk ujian urin dan darah. By the time mother nak pergi makmal, father dah ada dekat pintu. Father ikut sekali pergi makmal. Father kan suami yang setia disisi selalu. Hehe. Bila dah selesai, mother menunggu giliran untuk berjumpa dengan jururawat khas (mother tak tahu nak kategorikan apa) untuk ibu.

Dan seperti kebiasaannya juga, tempoh menunggu ini membuatkan mother dan father begitu stress. Actually, SANGAT. Tapi mother tak mahu tunjuk sangat tahap stress melampau sebab nanti father lebih-lebih pulak. Dan mother terapkan perasaan bersangka-baik dalam diri mother dan father. Yalah, mother pun bukan tau apa sebenarnya yang berlaku. Mungkin ada urgent case ke, atau special case ke. Hari ini hari orang, hari lain mungkin kita pula. Mother father tunggu dari pukul lapan setengah sampai sebelas. Huhu. Barulah giliran mother jumpa jururawat. Alhamdulillah, mother lega juga bila dah sampai giliran mother kan.

So, jururawat nak check lagi degupan jantung mother. Kalau sebelum ini doktor pelatih kata anak mother punya degupan jantung lemah, tapi kali ini mother yakin sangat doktor pelatih tersebut main cakap saja. Kenapa? Sebabnya jururawat dapat juga trace bunyi yang sama macam doktor pelatih tu, tapi jururawat cakap itu bukan bunyi jantung. Syukur jururawat tersebut baik hati dan gigih juga cari. Finally, mother dengar heart beat anak mother. Your heart beat fast honey! Mother felt something deep inside yang mother tak tahu how to describe at this moment. Senyum pun dah boleh dikategorikan sebagai senyum kambing yang tak berapa nak menjadi. Eh. Entahlah.

Jururawat tanya itu ini. Kemudian, jururawat terperasan yang berat badan mother cuma enampuluenam kilogram. Jururawat rujuk balik berat badan pada temujanji pertama, enampuluhenamperpuluhanlima kilogram. Bagi mother, happy sebab mother tak berat mana. Cewah! Jururawat pun mula mengira guna formula mereka. Jururawat kata, "awak sepatutnya tujuhpuluh kilogram sekarang. Awak kurang empat kilogram." Mahu tidak mother terkejut? Enampuluhenam pun dah macam luar biasa sebab dah terbiasa dengan enampuluhtiga. Inikan pula tujuhpuluh. Jururawat pun cakap, "awak kena jumpa doktor". Mother pula buat-buat cool tapi sebenarnya dalam hati alahai. Takut betul kalau ada masalah.

Since hari tu memang jururawat macam kalut, mother kena remind dia tentang keputusan MGTT dan suntikan ATT. Kalau tidak mesti semuanya tertangguh. Alhamdulillah keputusan MGTT mother baik-baik sahaja. Tak ada gula berlebihan dalam darah. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Bila dah selesai urusan bersama dengan jururawat, mother menunggu diluar untuk berjumpa dengan doktor pula. Tak cukup berat kononnya kan. Nasib baik tak tunggu lama, kalau tidak ada yang merapu-rapu lagi.

Doktor : kenapa berat kurang. 
Mother : (tak tahu nak jawab apa sebab mother tak tahu.)
Doktor : makan macam mana. 
Mother : dua kali sehari. tengahari dan malam makan nasi.
Doktor : minum susu apa?
Mother : anmum. (walhal selalu skip. :p)
Doktor : anmum nih pun sebenarnya manis tau.
Mother : urm. (risau.)
Doktor : ada family history kencing manis.
Mother : ada. nenek. (ah! sudah.)
Doktor : actually nenek i consider sebagai closest tau. i tak tahu kenapa doktor tuh tak consider.
Mother : aah. bagi saya pun sama. (ketidaksefahaman antara doktor2)
Doktor : tak pe i nak kira balik. (kira-kira.) i tak suka bundar-bundar. i suka exact. 
Mother : oh.
Doktor : u sepatutnya berat 70.125kg. 
Mother : oh.
Doktor : kenapa ya. MGTT u okay.
Mother : (diam.)
Doktor : macam ni lah. 18hb nih kamu jumpa pakar zat makanan. 
Mother : hah? lama tak? saya kerja.
Doktor : tak lama. u tak perlu ambil no. u datang ambik satu lagi buku then terus pergi.
Mother : oh. pukul berapa?
Doktor : 11.30am. boleh?
Mother : ok.
Doktor : buat masa ni u jumpa pakar zat makanan dulu lah ye. 
Mother : ok.

Mother keluar dari bilik doktor dengan rasa ralat. Tak pasal-pasal kena jumpa Pakar Zat Makanan kan? Mother terus pergi dekat father, ajak pergi farmasi ambil ubat-ubatan. Nasib baik father ingatkan mother tentang suntikan ATT. Huhu. Mother pergi bilik suntikan, mother tengok ada 4 orang jururawat praktikal. Dari tak takut, mother jadi takut. Serba-serbi tak kena dibuatnya sebab mother selalu dengar cerita kesilapan yang pernah dibuat oleh jururawat praktikal. Tambahan pula, tak ada jururawat betul. Gelabah tak menentu mother dibuatnya sampaikan jururawat-jururawat tersebut boleh perasan. Redha bila dah kena cucuk. Nasib baik tak berapa nak sakit. Cuma rasa sedikit kasar kot. Kot lah sebab itu first time cucuk ATT kan. Hehe. 

Dah cucuk, father mother bergegas pergi ke farmasi untuk ambil ubat-ubatan. Alhamdulillah tak sampai 5 minit duduk menunggu terus nombor mother dipanggil. Itu tandanya apa? Tandanya tak ada orang sangat lah tu. Hehe. Kira merdeka lah mother bila dah selesai semuanya. Apa lagi, bersuka-ria lah mother father selepas tu. Hehe. Tipu. Next notes mother cerita okay. Pasal jumpa doktor juga. Hehe.

Love You Sayang! 

p/s : sesiapa yang nak sangat tahu baby in pink or baby in blue. tunggu nota akan datang ye. doakan juga hati terbuka. (^____^)

Sep 30, 2011

Kawan : Hasmidar Selamat Bersalin

Hai.

Ting Ting. Ting Ting. SMS dari As Celcom,
"Makcik,sy dh slmt bsalin.kui 5.01 pg td.bby boy"

Nasib baik ini cerita sebenar manusia biasa, kalau kartun dah lama melompat langgar siling langgar atap bagi pecah sebab terkejut baca mesej beliau. Mau tak terkejut? Sebabnya EDD beliau ialah pada 20 Oktober 2011. See??? Kau orang pun mesti terkejut juga kan? Almost one month earlier. Then, satu lagi beliau dapat baby boy. Sebelum ini buat scan doktor kata baby beliau jantina perempuan. Tapi tak kisah lah kan? Apa yang penting, beliau dah selamat melahirkan baby sulung yang semalam sudah dipanggil Amsyar. :)

Tahniah dear. Semoga menjadi isteri yang sejati dan ibu yang mithali. Tak sabar nak berjumpa. Nak dengar cerita secara live. Hehe. Tapi agak-agak boleh jumpa tahun ini ke? Atau tahun depan baru dapat jumpa bersama dengan baby. Ahaks! :)

Sep 28, 2011

Hamil : Please Jangan Annoy ! It's my first time!!!


Hai.

Lately bila dah rasa my baby actively moving, banyak soalan berterbangan dalam otak. At first, saya rasa macam saya akan jadi manusia yang paling meng'annoying'kan. But then, always positive thinking of mine akan mengetepikan all that negative thinkings which is actually "I DON'T CARE WHAT PEOPLE MIGHT SAY". Biaq pi la orang nak kata apa pasal kami. Yang penting kami tak susahkan orang. Kalau kami nak susahkan orang pun, kami susahkan orang yang kami kenal ja. Itupun kami cuma tanya apa yang kami nak tau. Kami tak mau jadi orang bodoh sombong. Haha. Ada sedkiti loghat utara kat situ. 

Siapa selalu jadi mangsa? Hehe. Sudah tentulah our good source = MAK. 

Mak, baby dah mula rasa gerak ke kalau kita rasa nyut-nyut?
Mak, memang biasa ke kalau baby tak berapa aktif?
Mak, normal ke kalau rasa cam baby menekan di ari2?
Mak, pinggang sakit?
Mak, belakang badan asyik sakit rasa cam tegang?
Mak, orang selalu cramp kaki?
Mak, Mak, Mak...

Itu ok lagi. Normal orang kata. But today rasa soalan saya macam kategori abnormal.

Saya : Apa yang ada?
Penjual Goreng Pisang : Ubi kuning, keladi dengan pisang.
Saya : Orang pregnant boleh ke makan keladi?
Penjual Goreng Pisang : Boleh eh. Tak da masalah.

Kalau lah boleh nampak tanda soal pada kepala makcik tu, i'm very sure ada banyak question marks mencanak naik dari kepala dia. Haha. Oh, actually hal makan memang saya agak fikir panjang sebab kat sini ada banyak pantang makan sampai mak saya ketawakan saya. Ridiculous katanya. So, sudah tentu saya terbawa-bawa walaupun keladi kalau tak salah ingat cuma takut ter'accident'. Sort of lah. Traditional thing. :p

Dan hari ini juga saya tanya soalan kira-kira kepada seorang kawan yang telah berpengalaman.

Saya : EDD itu means kita 40weeks pregnant kan?
Dia : Yup.
Saya : Aku cuma nak tau 34 weeks aku nanti berapa hari bulan?

But till the end of coversation, saya tak dapat jawapan. Haha. I've to count by myself. Manually. Reverse. Dan end up with confirmation of flight booking - Air Asia on this coming 11 Dec 2011. Hehe. Hey, sudah tentu saya extremely excited walaupun kena berjauh dengan encik suami dalam tempoh yang agak panjang. 

Ok peeps! Mohon doakan saya ye. Semoga dipermudahkan semuanya. Semoga selamat semuanya. Selamat malam!

Hamil: Baby In Pink or Blue?

Hai.

Hari-hari semakin malas. Semakin malas hari-hari. 
KENAPA?

Tidak ada jawapan terbaik melainkan malas semata-mata. Tak perlu rasanya mahu memberi alasan sibuk, atau si kecil begitu aktif di dalam sana lantas membuatkan ibunya letih mahu menaip. Tak perlu. Tak perlu. Sebab bakal ibu tidak mahu memberi ribuan alasan lagi. Bakal ibu mahu berterus-terang, sesungguhnya penyakit M itu sukar diubati. Ecewah.

Perasan tak template dah tukar girly-girly gittew! Tambah lagi dengan lagu nasyid opick. Auw! Kita tambah aura girl-girl pink dekat baby. Mana tahu, usaha membuahkan hasil. Betul-betul baby girl is on the way. Siapa tahu? Saya pun tak tahu. Hehe. Sebut pasal usaha nih, siapa tahu masin jari jemari menaip 'anak-anak mother' nanti keluar twin. Siapa tahu kan? Sesungguhnya itu semua urusan Allah SWT. Saya tidak masuk campur. Lelaki atau perempuan, saya tidak kisah. Penting bagi saya agar cukup sifat, sempurna. Alhamdulillah. Twin atau tidak, itu juga bukan priority saya. Kalau dianugerahkan Allah twin, saya ucapkan Alhamdulillah. Sesungguhnya si kecil dalam perut comel saya merupakan anugerah Allah yang terindah, tidak ternilai dan sangat berharga. Lantas, kenapa saya perlu meminta-minta lagi? Betul tak?

Ramai yang tanya saya, baby boy or girl? Blue or pink? Ahaks! Jawapan saya buat masa ini, saya juga tak tahu boy or girl. Zulliana kata kalau jerawat penuh dapat baby girl. Mak kata kalau kita tak suka baby boy, baby akan sejenis dan begitu juga sebaliknya. Sulia kata kalau rajin masa mengandung, baby boy. As kata kalau rajin mengandung, baby girl. Ok. Ada banyak versi bab baby boy dan girl. Jadi, saya tak mahu terlalu memikirkan jantina si kecil. Apa yang penting bagi saya ialah sempurna sifatnya. Bukan tak mahu pergi scan, saya mahu. Sangat mahu. Tapi bukanlah semata-mata untuk tahu jantina. Ramai yang cakap, penting nak tahu baby boy or girl sebab senang nak beli baju. Saya pula akan cakap, ok tapi rasanya for safety kita beli baju dan kelengkapan yang warna bukan blue or pink. Tapi, as for baby - pink or blue it doesn't matter. Still cute what? Kan? Hehe. Biras saya kata dia dulu scan girl, tapi keluar boy. So, bagi saya tak perlu berharap. Apa yang penting terus berdoa agar si kecil sempurna sifatnya dan menerima anugerah Allah dengan berbesar hati serta penuh kesyukuran.

Lately, saya memang agak rajin memasak. Lebih rajin daripada biasa. Eh? Tak. Tak. Luar biasa sebenarnya. Mak cakap bagus, nanti anak kamu rajin buat kek lapis. Encik suami cakap pelik eh. Ok peeps! Agak-agak si kecil nih girl ke boy? Hehehe.

p/s : si kecil dah semakin membesar sebab perut mother dia juga dah mula menyerlah. haha. :D

Sep 23, 2011

Hamil : Nota Buat Anak-Anak Mother [5]

*semoga Allah melindungi dan memelihara anak-anak mother*

Ops! Tiba-tiba pula mother nak tulis nota lagi untuk anak-anak mother. By the way, lama juga mother fikir nak cerita tentang 'ini' dalam entri biasa atau khusus dalam nota. Setelah buat perkiraan, mother memilih untuk cerita tentang 'ini' dalam nota buat anak-anak mother. Apa itu 'ini'? Hehe. 

Seperti ibu-ibu lain, mother juga tak sabar nak rasa pergerakan anak-anak mother. Beberapa orang kawan mother yang mengandung, baby dia dah mula bergerak sejak kandungan berusia 4 bulan. Jadi, tipulah kalau mother tak rasa risau bila mother tak rasa lagi pergerakan anak-anak mother. Risau bertambah bila nek wan beritahu mother bahawasanya beliau sudah mula merasai pergerakan mother sejak usia kandungan tiga bulan. Bila doktor cakap adalah normal bagi mother untuk tidak merasai atau tidak perasan akan pergerakan anak-anak mother sebab mother juga diklasifikan sebagai 'risk primid'. Auntie Mae cakap, 'primy gravida' merupakan istilah untuk perempuan yang baru mengandung a.k.a. first time. 

Apa kaitan dengan pergerakan anak-anak mother? Tak ada kaitan secara langsung tapi mungkin anak mother sudah bergerak, cuma mother yang tak boleh bezakan samada itu pergerakan anak-anak mother atau 'bowel movement'. Apa itu bowel movement? Anak-anak mother yang bijak pandai serta rajin, sila cari maksudnya dimana-mana. Atau tanya terus pada mother. Mother menunggu saat-saat itu. (^__^). Mother tanya Auntie Mae dan Auntie Naza sebab mereka berdua nurse. Auntie Naza pula bukan sebarangan nurse, Auntie Naza ada sijil kebidanan. Jadi, Auntie Naza lebih berpengalaman atau lebih berilmu. Oh, Auntie Naza juga dah mengandung tiga bulan sekarang.

Kemudian, mother fikir-fikir balik ada atau tak mother rasa pergerakan dalam perut. Tapi, tak boleh. Mother tak boleh nak ingat. Mother cuma fikir yang mother mungkin dari mata kasar orang cakap mother macam lembut atau pasif atau tak aktif. Tapi realitinya, mother bukanlah jenis yang duduk diam sahaja. Mother memang tak boleh nak stay duduk elok-elok pada satu tempat sahaja. Even berlari setempat pun mother tak boleh, hik hik hik. Dan mother pernah kena marah dengan father bila mother meniarap semasa online di ruang tamu. Bila mother cerita dekat nek wan, mother ingatkan nek wan akan gelakkan father macam selalu (bila cerita hal-hal pantang makan). Tapi sebaliknya pula berlaku, nek wan marah mother sebab meniarap masa mengandung. Ok, mother tahu mother khilaf.

Dalam kekalutan dan kerisauan mother, pada pagi 12 September mother terasa sesuatu dalam perut mother. Mother SMS Father 'perut kte rs something yg tolak oh. skit pulak. rs cm ad menegang.' (mother simpan lagi SMS - retype). Dan serius mother betul-betul curious dengan apa yang mother rasa, seakan-akan ada sesuatu yang menolak dinding perut mother. Tapi, mother buat-buat tak tahu. Sepanjang berada di office, ada dua tiga kali mother rasa 'sesuatu' dalam perut mother. Mother keliru. Anak-anak mother dah bergerak atau ada angin dalam perut mother. Tapi, tak sakit. Dalam perjalanan balik, mother ceritakan pada father. Tapi as usual father diam tak tahu nak komen apa plus buat muka poyo. Hoho.

Bermula 12 September dan hingga ke hari ini, anak-anak mother bergerak dengan aktif hari demi hari. Ramai yang tanya akan perasaan mother bila dah rasa pergerakan anak-anak mother. Hehe. Nak mother cakap apa? Mother tak rasa mother sekarang bakal mother. Mother memang dah jadi mother sebab anak-anak mother sudah mula bergerak dengan aktif yang jelas membawa maksud anak-anak mother sudah bernyawa. Alhamdulillah. Anak-anak mother pula faham apa mother cakap. Mother betul-betul teruja dan seronok terutamanya masa mother cakap, "jangan macam ni sayang. mother tengah nervous nih. jangan lah bergerak aktif sangat. dan macam senada dengan degupan jantung mother pula." Kemudian, less than 5 minutes anak mother tak aktif sangat bergerak. Sekejap-sekejap sahaja. So sweet kan anak-anak mother.

Cuma, kesian kata father sebab tak berpeluang lagi nak rasa pergerakan anak-anak mother. Bila malam, anak-anak mother elok saja 'beriman'. Mother cakap kat father, "baby tak nak kawan dengan father." Father cakap, "baby nak bagi peluang dekat father". Ops!

Ok sayang. Love You! 

Hidup : Ujian Memandu

Hai.

Orang lain cukup umur dah ada lesen, sekarang dah boleh drift. Saya umur 25 tahun, baru lulus ujian memandu. Oh! Saya rasa masih muda belia lagi. Ngee. Errr, sekarang saya sangat uncomfortable dengan badan saya sendiri. Backpain dengan tiba-tiba. Oh, apakah?! Perlu juga habiskan sisa-sisa 2 jam berada dalam kotak konkrit segiempat ini. Serius! Rasa nak menangis pula. (T_T)

Ok lah, tak mahu cerita panjang hal sakit-sakit. Nanti bertambah-tambah pula. Dari tadi buat-buat sibuk tapi sakitnya tetap terasa. Segala sendi pun alahai, sengal-sengal. Enough! Semalam, saya menamatkan kursus memandu dengan ujian bersama encik / puan JPJ (macamlah orang tak tau, kan?). Sementara menunggu, saya memang nervous yang teramat. Al-maklumlah, banyak dengar cerita yang kurang menyenangkan. Mahu tak takut? Puas buat-buat cool tapi tetap dag dig dug! Sudahlah jantung berdegup kencang, si kecil kat dalam juga bergerak dengan aktif seiring dengan degupan jantung mother dia. Macam sengaja nak tambah segala denyut degup pada badan mother dia. Dalam perut dah naughty. ;)

Ujian pertama - bukit, parking dan tiga penjuru. Surprisingly, pakcik yang jaga kami tiba-tiba tanya "yong! pakcik nampak kamu macam mengandung. kamu ngandung yong?" Haha. Ok, a bit funny with his slang and word - YONG! Saya gelak-gelak jawab, "ye". Kemudian, "kamu bawa elok-elok yong." Saya gelak lagi sambil cakap, "ye". Dan Alhamdulillah, berjaya dengan lancarnya. Bila nak buat parking dan tiga penjuru, pakcik juga cakap "elok-elok buat parking yong!" Ahaks! Serius, macam comel saja pakcik tersebut asyik pesan-pesan. Tapi agaknya saya lulus semua tu berkat doa semua yang mengetahui serta pakcik baik hati itu juga. Alhamdulillah. Tak payah cerita lah pasal drive atas jalan bersama dengan encik JPJ yang very the serious dan muka masem! Dah lulus pun, Alhamdulillah.

By the way, lulus bersama encik JPJ bukan bermakna saya boleh terus memandu si putih encik suami. Saya perlu mendapatkan kepercayaan, keyakinan dan kelulusan dari encik suami untuk bawa si putih pergi kerja. Kalau ujian memandu berbayar boleh lulus cuma mengambil masa kurang dari 24 jam, encik suami....tak tahu ambil masa berapa hari atau minggu atau bulan. Huhu. Bila kawan office tanya, saya cuma jawab "tunggu dapat license dari encik suami pulak". Bukan senang hoi! Selagi tak mendapat kepercayaan dan tidak memenuhi confidence level beliau, selagi itu tidak dibenarkan drive sendirian. =__='

Okay! Entri ini ditulis semalam. Hari ini encik suami cuti, encik suami baru hantarkan nasi ayam mee rebus ramli. Tak sabar ok nak tunggu rehat pukul 1. Bye! 

Sep 20, 2011

Hamil : Nota Buat Anak-Anak Mother [4]

.semoga anak-anak mother sihat sejahtera.

Nampaknya, sebulan sekali mother tulis nota untuk tatapan anak-anak mother bila dah besar nanti. Setiap kali mother ada temujanji doktor, mother akan tulis perkembangan tentang kandungan mother. Siapa dalam kandungan mother? Sudah tentu anak-anak mother yang bijak pandai ini. Senyum. ^___^

Ok, Rabu minggu lepas mother sekali lagi pergi jumpa doktor. Dan temujanji kali ini agak luar biasa sebab mother terpaksa minum air gula. Demi anak-anak mother, mother minum juga tiga per empat dari satu cawan air gula tersebut. Tujuan minum air gula ialah untuk memastikan samada mother terlebih atau terkurang gula. Kalau terlebih gula, kemungkinan besar saiz anak-anak mother lebih besar yang mungkin akan menyumbangkan risiko terhadap mother dan juga anak-anak mother. Sudah tentu father terpaksa ambil cuti juga untuk teman mother dan anak-anak mother. Mother pun ambil cuti sekali.

Seperti yang mother beritahu pada nota sebelum ini, mother takut akan jarum. Tapi mother pasrah bila terpaksa dicucuk oleh jururawat menggunakan picagari untuk menyedut darah mother sebanyak 3ml pada pukul 8 pagi dan 3 ml lagi pada pukul 10 pagi. Dan buat pertama kalinya mother lebih suka untuk menyebut bahawa mother lebih rela kena cucuk dengan jarum berbanding dengan minum air gula. Serius! Mother tak boleh lupakan pengalaman minum air gula. Air gula manis tapi telah menjadi pahit serta-merta. Tapi juga, itu bukan kali pertama dan terakhir mother minum air gula. Pasti akan ada lagi. =__='

Selepas minum air gula, mother tergesa-gesa mendapatkan father dan keluar dari situ untuk segera membeli air mineral. Mother dah tanya dengan jururawat samada mother dibenarkan minum air suam atau tidak sebaik sahaja selepas minum air gula. Kemudian, jururawat yang baik hati berkata, "boleh kamu minum sembunyi-sembunyi seteguk untuk lawaskan rasa pada lidah kamu". Makanya, mother segera bermain sembunyi-sembunyi dengan jururawat-jururawat lain dan kemudian terus pergi makmal untuk pemeriksaan seperti biasa. Syukur, mother buat pemeriksaan biasa dengan minum air gula pada hari yang sama. Kalau tidak, sememangnya mother dan father betul-betul membuang masa.

Seperti biasa, mother perlu pergi ke makmal untuk ujian air kencing dan darah. Dan kemudian akan menunggu doktor di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Lebih kurang 15 minit menunggu, mother jumpa doktor yang cantik manis. Mother diarah untuk baring atas katil sebab doktor nak periksa anak-anak mother. Doktor cuma nak dengar bunyi jantung anak-anak mother. Bunyi ada tapi bunyi seakan lemah. Doktor kata, "ini bunyi dia. tapi, macam faint la. dia kecik lagi kan." Mother mengiakan sahaja. Kemudian doktor periksa keadaan mata, perut dan juga kaki mother. Doktor kata, semuanya ok. Sudah tentu mother lega yang teramat.

Dah selesai pemeriksaan biasa, mother dan father duduk buang masa sambil tengok ragam ibu-ibu serta anak-anak. Mother pula sebenarnya agak 'ting tong' selepas minum air gula tersebut. Mother nak bercakap pun rasa tak lalu sebab memang terasa mahu mengeluarkan segala isi perut. Mother nak berdiri pun rasa tak berapa nak mampu sebab rasa nak jatuh. Entah, mother rasa macam otak mengembang. Haish! Susah betul mother nak jelaskan apa yang mother rasa. Nasib baik mother terus ambil cuti, kalau tidak, mother ting tong sampai ke petang buang masa di office. Nanti tak pasal-pasal mother mengalami tekanan bila tengok kerja melambak dan wajah yang kurang disenangi.

Bila dah selesai semua urusan di klinik, mother dan father mengorak langkah menuju ke kedai makan pilihan mother. Haha. Father bagi mother chance to choose, sudah tentu mother tak lepaskan peluang. Atas sebab itu juga, a day before mother dah list out makanan yang mother teringin di muka buku. Actually mother ada sedikit sikap yang penyegan, agak susah bagi mother nak demanding itu ini. Hence, mother memilih untuk meletakkan senarai tersebut pada muka buku sebab father will not respond but father surely akan take note. Bijak tak mother? Muahaha. So, mother dan father pergi berbuka di kedai kakak pendek - kue teow kicap kuah kari. Bagi mother, the taste was always marvelous. InsyaAllah.

Mother dan father ambil peluang cuti untuk berjimba berdua which is also known as dating. Father suggest untuk tengok wayang, so mother dan father pilih untuk tengok Hantu Bonceng (no other better choice). Tergelak juga sikit tengok filem tersebut tapi as usual father will commenting this and that. Mother tak macam father. Father is someone yang very teliti with something. Mother kalau tengok, tengok saja. But father suka analyzing sesuatu yang father tengok. Father is someone yang suka think out of the box. Mother pula kalau father tak maklumkan pendapatnya, mother akan senyap. Habis filem, habislah. Ok, later anak-anak mother tahu macam mana father.

Sebelum mother dan father balik rumah, father tanya nak makan apa. Mother dengan malu-malu beritahu father nak makan Ipoh Hainan Chicken Rice. Makanya, father dengan ikhlas (insyaAllah) drove to pekan. Tapi, servis agak mengecewakan buat father dan mother agak kehilangan mood. Mother father dah tak boleh romantik-romantik sebab jiwa kacau. Haish! Harapan mother semoga restoran tersebut akan memberikan servis yang terbaik akan datang. Harus mother father sokong perniagaan bangsa sendiri. Around 7pm, mother dan father sampai rumah. Went out pukul 7.30am dan balik pukul 7.00pm. Sama macam pergi kerja juga. (@__@) Balik rumah, masing-masing letih. Mother pun dah hilang ting tong. Haha.

Ok, mother dah nak kemas-kemas. Mother ada belajar drive sekejap lagi for the last time sebelum esok. Esok mother ada JPJ test. Mother sangat wonder dengan ability mother. Semoga mother lulus esok, dan mother akan diberi peluang besar untuk test drive kereta father. Bila father dah yakin, mother boleh bawa pergi office. Then, mother tak perlu susah hati sangat bila tengahari tiba. Mother dah muak makan nasi kat kedai mamak. Kan? Kan? Then, ini semua untuk anak-anak mother juga especially for the next 6 month.

p/s : hari ini anak-anak mother sangat aktif sekali. semoga Allah melindungi dan memelihara anak-anak mother. i love you sayang. malam nanti jangan tidur awal ye. kesian father tak pernah lagi rasa anak-anak mother gerak dalam perut. love, hug and kisses to you. muah!!!!







Blog design by Rainy Day